Assalamualaikum..

Dah heboh kan duk tengok orang tulis tentang YES. Tapi YES tu apa? Bukan Year-End-Sales. Ni program yang lebih best. Jemput baca semua..


YES (Young Entrepreneur System)
Sistem baru yang Shaklee perkenalkan untuk membantu ramai usahawan berjaya dalam Shaklee. Banyak kelebihan yang akan diperolehi jika mendaftar sebagai ahli:
1. Daftar ahli Shaklee bersama pembelian apa sahaja produk, anda layak mendapat PERCUMA sebotol Vitalea multivitamin yang berharga rm94. Sempena menyambut ulangtahun Vitalea yang ke 100.

2. Dapat membeli YES PACK dengan harga yang lebih murah (diskaun 5%) & UV yg lebih besar. Ada 4 set untuk dipilih.




3. 100% matching enrollment bonus akan diberikan jika berjaya register 6 ahli baru dengan pembelian 100uv (new member dari Mei - Okt).

Bonus tambahan (net personal bonus) 100% dengan kemasukan ahli baru..

4. Bonus bulanan matching sehingga 50% selama 13 bulan! (new member dari Mei - Okt)
Katakan dapat bonus RM1000 untuk bulan ni, Shaklee akan bayar anda extra rm500, maka jumlah menjadi RM1500!!

5. YES Rank Up bonus
Bonus ni akan diberikan apabila berjaya naik rank.. contoh naik Supervisor, bulan pertama naik dpt rm200, dan jika efektif bulan seterusnya, Shaklee akan bayar rm500 untuk bulan kedua tu


Peluang besar Shaklee tawarkan untuk tambah pendapatan kita. Di saat keadaan ekonomi negara genting, dengan pelbagai cukai dan GST, memang sepatutnya kita mencuba peluang yang terbentang ni. Mentor yang terbukti berjaya pun ada untuk tunjukkan jalan. Jadi tunggu apa lagi?


Rasa macam susah nak faham? Jangan risau. Saya boleh bantu anda terangkan. Yang anda kena nampak sekarang, KACHING.... peluang besar!!

Whatsapp 0199805803 atau PM FB Hafsah Mardhiah.
Assalamualaikum semua..

Lama betul saya tak menulis kan.. Ingat lagi tak dulu saya ada menulis post  "Perjalanan Hafsah Menggapai Bintang (Bahagian 1-3).. Kesian pembaca saya yang mungkin tertunggu-tunggu bahagian ke-4. Ada yang mungkin dah jemu menunggu? Harapnya tidak.


Sebenarnya saya dalam proses menulis E-book kisah perjalanan saya untuk mencapai kejayaan.. Perjalanan susah payah bermula dengan keputusan untuk berhenti kerja.. Untuk simpanan peribadi dan anak cucu nanti jugak kan :)


Jadi jika anda tertunggu-tunggu nak baca sambungannya, anda boleh mendapatkan Ebook saya nanti.. InsyaAllah kalau tiada aral, akan diterbitkan pada awal Jun nanti.


Siapa yang sesuai membaca Ebook saya?

1) Ibu yang ingin berhenti kerja - apa pertimbangan yang dibuat

2) Ibu yang ingin berjaya walaupun dari rumah  (Working At Home Mom)

3) Ibu yang ingin menjaga anaknya sendiri

4) Suami yang ingin isterinya berhenti kerja dan menjadi suri rumah.

Doakan kejayaan buku ni.. Semoga bermanfaat untuk membantu ramai ibu-ibu di luar sana. Ameen



Assalamualaikum

Saya Master Hafsah Mardhiah. Saya adalah pengedar Shaklee Kota Bharu efektif pada bulan Mac 2015.



Kalau lihat sebelum ni, saya bermula di Bintulu Sarawak, kemudian menetap di Setapak Kuala Lumpur, kini saya telah berpindah ke Kota Bharu.

Saya adalah pengedar Shaklee Kota Bharu yang aktif dan bersedia untuk membuat penghantaran secara COD (Cash on delivery) kepada semua pelanggan saya di sekitar Kota Bharu dan yang berdekatan. Saya juga membuat penghantaran secara pos laju atau melalui Gdex dan Citylink kepada pelanggan saya di seluruh Malaysia (luar Kota Bharu).



Sejak berpindah ke sini dan menjadi Pengedar Shaklee Kota Bharu, ramai pelanggan yang saya telah jumpa secara personal. Saya memilih untuk berjumpa sendiri dan berkenalan secara lebih dekat dengan pelanggan saya di sekitar Kota Bharu kerana bagi saya sentuhan itu lebih berharga. Lebih mudah untuk saya bantu keperluan setiap pelanggan saya yang mungkin berbeza.

Jika anda berminat untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee atau berminat untuk menjadi salah seorang Pengedar Shaklee Kota Bharu atau di mana sahaja anda berada, hubungi saya hari ini di 019-9805803 atau FB Hafsah Mardhiah.
Assalamualaikum semua...

Akhir-akhir ini ramai sungguh yang menghubungi saya untuk penghantaran COD (cash on delivery) Vitamin Shaklee ke sekitar area rumah saya Setapak. Apa yang best bila buat penghantaran terus ke rumah ni, pastinya JIMAT KOS POS. Lagi pulak boleh bertemu mata sendiri antara penjual dan pembeli.



Disebabkan Setapak ni dekat sangat dengan Wangsa Maju, Dalam 10 minit macam tu je, maka saya nak umumkan yang juga adalah PENGEDAR SHAKLEE WANGSA MAJU. Saya pun boleh buat penghantaran PERCUMA kepada semua pembeli yang berada di Wangsa Maju dan sekitarnya :) Alah.. tempat permainan saya hari-hari tu.. :D

Jadi jika anda mencari PENGEDAR SHAKLEE WANGSA MAJU, jangan susah hati. Anda boleh hubungi saya. Nanti kita boleh set masa dan tempat yang selesa untuk berjumpa. Kalau tak ada masalah, nak saya hantarkan terus ke rumah pun boleh ;)

Nak jumpa untuk mintak saya terangkan lebih detail pasal produk.. atau kalau nak saya terangkan peluang bisnes dalam Shaklee pun boleh.. Terbuntang mata nanti kalau tahu banyaknya peluang keemasan yang Shaklee boleh bagi untuk ubah hidup kita :)


Okeh.. Kalau ada sedara mara.. kawan-kawan.. atau anda sendiri yang ada di sekitar Wangsa Maju, tak perlu susah-susah.. Hubungi saja saya PENGEDAR SHAKLEE WANGSA MAJU anda.. Hafsah Mardhiah, 0199805803. Atau PM Facebook saya Hafsah Mardhiah :)
Assalamualaikum...

Gurau kasar nampak tajuk tu.. Hehe.

Betul.. Apabila usia kita mencapai 25 tahun, kolagen dalam badan kita mula menyusut. Semakin usia meningkat, kadar penyusutan kolagen juga semakin meningkat.

Perumpamaannya macam kek bantat akibat kurang soda. (Banyak lagi la punca kek jadi bantat)

Contoh gambar kek bantat daripada En Google :)
Kek bantat macam mana? Tak gebu kan.. Merekah,. Masak tak sekata..  Kadang-kadang pecah... Nampak tak cantik. Makan apatah lagi. Konfem tak sedap.. :P

Macam tu jugak kulit yang kurang kolagen... Kalau nak tahu kulit anda kurang kolagen atau tidak, anda mengalami tanda-tanda masalah kulit seperti:
1) Kulit kering,
2) Kelihatan garis-garis halus terutama di muka dan bawah mata
3) Kulit berkedut
4) Pigmentasi
5) Kulit kurang anjal (Tak tegang)
6) Wajah kusam
7) Kuku juga mudah pecah atau patah.

Anda nak kulit yang sebelah kiri ke kanan?

Gambar yang kiri tu menunjukkan kesan kekurangan kolagen. Yang kanan tegang, anjal, gebu, halus, licin sebab kandungan kolagen tinggi.


Nak tahu macam mana Shaklee Collagen Powder membantu mengembalikan keremajaan kulit?
Perbezaan kulit 'muda' dengan kulit 'tua'

Kolagen berada di bahagian Dermis kulit. Shaklee Collagen Powder yang jisim molekulnya sangat rendah, serendah 1000 dalton sangat mudah diserap. Apabila diminum ia dapat diserap hingga ke bahagian Dermis kulit. Jadi ia bertindak merawat daripada dalam akar umbinya lagi. Kalau dalam cantik, kesannya cantik la nampak di luar :)

Usia semakin tua memang tak dapat nak elak. Tu memang fitrah. Tapi kita boleh mengelak daripada kulit dan wajah nampak tua..

Pilihan terbaik, selamat, berkesan dan semulajadi tentunya Shaklee Collagen Powder. Suplimen wajib saya... Isteri cantik, suami pun makin sayang.. Tak gitu??


--------------------------------

Jika anda berminat untuk mendapatkan Collagen Powder pada harga ISTIMEWA, apa tunggu lagi.. PM FB Hafsah Mardhiah atau hubungi 0199805803.




Assalamualaikum...

Kesyukuran yang paling besar setiap hari sebab diri sihat.. anak-anak dan suami pun sihat. Alhamdulillah. Kalau jadi jutawan sekalipun tak dapat nak beli kesihatan kat kedai.

Saya ni bukanlah jenis orang yang cepat alert sangat dengan perubahan badan.. Tak macam sesetengah orang cepat sangat perasan apa-apa perubahan pada diri. Contoh kalau ambil durian ni tiba-tiba demam.. makan kacang naik jerawat.. Makan Vitamin C tiba-tiba sakit perut... Saya bukan jenis macam tu.. Badan saya pun bukan jenis yang sensitif.

Cuma bila saya imbas balik, rupanya dah lama sangat saya tak ambil sebarang ubat atau panadol.. Sejak saya ber-Shaklee saya dah haramkan ubat-ubatan atau panadol masuk dalam badan saya.. Kecuali masa bersalin tu lain cerita la kan..

Gambar contoh pelbagai jenis ubatan dan panadol


Kalau setakat sakit sikit-sikit.. demam sikit-sikit biasanya memang self cure dengan vitamin je. Tu pun alhamdulillah sakit memang jarang sangat singgah.

Saya ingat sebelum ni saya memang selalu tak sihat.. Demam dan selsema.. selalu sakit kepala/ pening kepala... Selalu jugak period pain sampai guling-guling setiap bulan. Bersin pagi memang wajib..

Kalau dulu apa lagi.. Memang panadol dan ubat la teman saya.. Kalau untuk period pain, panadol menstrual yang warna pink tu lah kawan baik saya. Setiap bulan mesti ambik.. berhari-hari...

Panadol Menstrual

Alhamdulillah sejak ber-Shaklee sakit memang jarang sangat singgah.. Demam dan selsema hampir tak ada.. Memang terlalu jarang dalam tempoh 3 tahun ni. Period pain pun alhamdulillah dah tak ada.. Dah memang tak ambik langsung pil pink tu. Selesema pagi pun dah tak ada..

Apa-apa yang diambil secara berlebihan mesti mendatangkan mudarat kan.. Lagi-lagi ubat aka dadah yang mesti ada kesan buruk pada bada kalau diambil selalu kan? Terutamanya pada hati dan buah pinggang.

--------------
Dadah dan Anda!

Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.
Ubat-ubatan seperti "paracetamol " dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat.. >>> Juga sejenis dadah

sumber
---------------------------

Apa yang saya ambil? Segalanya penyembuhan pun dengan izin Allah kan... Vitamin adalah asbabnya :)

Tentunya Sustained Release Vitamin C.. Menyamai 7 1/2 biji oren. Bagus untuk meningkatkan antibodi kita. Biasanya kalau saya terasa tanda-tanda macam nak demam atau selsema, saya terus amek extra.. Terus tak jadi nak demam... Kalau baby saya ada tanda-tanda macam tu pun sama.. Saya akan makan Vitamin C tu dah salurkan kepada baby melalui susu ibu. Alhamdulillah.. baby pun jarang sangat sakit.. Sejak Reem baby hinggalah Asma' sekarang :)


Vitamin yang wajb ada bersama saya ke mana saja.


Satu lagi kawan baik Vitamin C yang sangat membantu meningkatkan antibodi ialah Nutriferon. InsyaAllah tak lama lagi kembali di pasaran. 

Teman baik Vitamin C.. teman baik saya juga..




Nikmat yang sangat besar ialah nikmat kesihatan. Kalau kaya raya pun, kalau tak sihat, terlantar sakit tak guna jugak.. Duit habis untuk bayar bil perubatan je.
Kadang-kadang kita kedekut sangat nak keluarkan duit untuk kesihatan sebab kita rasa mahal.. Padahal kalau sakit kosnya lebih tinggi.. Betul ke betul?

------------------------------

Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin pada harga istimewa boleh hubungi saya 0199805803 atau PM FB saya Hafsah Mardhiah.

Assalamualaikum..

Selalu orang sebut kulit kusam tak bermaya.. Macam mana yer kulit kusam tu?

Saya sendiri pun ada mindset yang orang kulit cerah selalunya tak ada masalah. Yang kulit gelap je yang selalu bermasalah.. kusam, comot, tak bermaya.. Tambah pulak ada jerawat dan jeragat.. Haa kejam tak.. Mesti mindset ramai orang jugak kan.

Sebenarnya wajah kusam boleh berlaku pada semua orang tak kira yang kulit cerah atau kulit gelap.

Cuba tengok 2 gambar kat bawah.. seorang yang berkulit putih, Dato' Siti Nurhaliza tanpa make up.. Tetap cantik berseri.

Seorang lagi model berkulit gelap yang tetap berseri walaupun kulitnya gelap..

Dato' Siti Nurhaliza tetap cantik tanpa make up


Seorang model kulit hitam tetap tampak berseri

Yang penting kesihatan kulit daripada dalaman. Kalau kulit sihat, glowing, kulit cerah atau gelap pun boleh nampak cantik.. berseri-seri.. glowing. Pandang pun tak jemu. Yang kulit cerah pun kalau tak jaga dalaman masih boleh nampak kusam.

Kulit cerah pun masih boleh nampak kusam

Percaya sekarang yang semua orang pun boleh hadapi masalah kulit kusam tak kira berkulit cerah atau gelap??

Nak tahu apa punca kulit kusam? Ada beberapa sebab yang menyebabkan kulit kita kusam.

1) STRESS

Stress adalah salah satu gangguan psikologi yang boleh menyerang sesiapa sahaja. Saya yakin zaman sekarang lebih ramai orang yang mengalami stress ni. Stress di tempat kerja.. Stress dengan kos sara hidup yang meningkat dll. Stress mempengaruhi fizikal dan juga mental. Stress menyebabkan kelenjar pengawal emosi dalam tubuh meningkat yang menyebabkan wajah mudah berjerawat, psoriasis, eczema, gatal-gatal dan bintik-bintik merah.


2) DIET YANG TIDAK SIHAT DAN KURANG TERATUR

Pengambilan nutrisi yang tidak sihat seimbang menyebabkan tubuh kekurangan nutrisi yang penting termasuklah wajah. Maka wajah tampak lebih kusam.


3) KESAN SINAT ULTRAVIOLET
Kesan terdedah kepada cahaya matahari yang mengandungi sinar UV berbahaya mempercepatkan perubahan pigmentasi dan penuaan kulit.. Kulit cepat berkedut.. Pada wajah kulit timbul bintik-bintik coklat kalau selalu terdedah kepada matahari. Sebab tu kena pakai pelindung uv untuk menghalang kesan bahaya radika bebas akibat sinar UV.


4) KURANG REHAT DAN POLA TIDUR TIDAK TERATUR

Kurang waktu rehat dan tidur yang tidak teratur mempengaruhi wajah kelihatan kusam dan tak bersemangat. Kulit wajah sendiri memerlukan waktu rehat yang cukup seperti anggota badan yang lain untuk proses pembentukan semula sel-sel kulit yang baru menggantikan yang lama.


5) PERTUMBUHAN SEL-SEL LAMBAT DAN SEL BARU KURANG BERKEMBANG

Ni pun salah satu punca yang menyebabkan kulit nampak kusam.. Sebab sel-sel kulit mati tak diganti dengan sel-sel baru. Pengambilan protein yang mencukupi membantu pertumbuhan sel baru yang sihat.


6) KESAN PARUT LAMA

Kesan parut lama pun boleh menyebabkan muka nampak kusam dan tak bermaya. Kalau mungkin sebelum ni kita ada banyak jerawat yang meninggalkan kesan paut di wajah.


7) PENGGUNAAN PRODUK PENJAGAAN KULIT YANG TINGGI BAHAN KIMIA

Di pasaran sekarang banyak produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan kimia berbahaya. Ia boleh menyebabkan sel-sel kulit rosak.

--------------------

Apa yang boleh dibuat untuk menyelesaikan masalah kulit kusam? Rawat lah dari dalam..

Beberapa suplimen yang bagus untuk anda ambil untuk kulit kelihatan berseri-seri.. Glowing.. Nampak fresh dan bertgenaga ialah:

ESP - Membina  sel baru dan membaik pulih sel-sel yang rosak dan mati

Vitamin C - Membantu penghasilan kolagen

Vitamin E - Menghilangkan parut, anti penuaan dan wajah nampak glowing

B Complex - Penting untuk melanin yang memberikan warna pada kulit supaya lebih sekata

Collagen - Awet muda dan kulit lebih lembap dan lebih cerah sekata


Jadi yang mana pilihan anda? Nak biarkan kulit kusam sampai suami pun malu nak bawak keluar.. Atau nak kulit cantik berseri-seri yang lebih menyerlahkan keyakinan diri??

Kanan atau kiri pilihan anda?


Pastinya dengan Shaklee.. Diyakini SELAMAT, BERKESAN & SEMULAJADI!


----------------------
Elok sangat ada promosi set kecantikan bulan ni.. Kalau nak tahu lebih lanjut PM FB saya Hafsah Mardhiah atau whatsapp 0199805803






Assalamualaikum

Bercerita tentang kecantikan, Shaklee telah bermurah hati nak bagi OFFER TERBAIK. Serius.. Ni first time Shaklee bagi OFFER PROMO Shaklee COLLAGEN POWDER BUY 3 FREE 1. Biasa beli 6 baru dapat percuma 1. Betul... bukan dugaan!


Mungkin ada yang cakap, dia dah makan pun collagen... Tapi cuba check betul ke collagen anda berkesan? Lagi pulak selamat dan semulajadi ke apa yang anda telan tu??

Shaklee Collagen Powder ni 100% semulajadi dan Shaklee sendiri claim kesan optimum selepas 8 minggu. Tu kesan optimum la... Biasa selepas makan sekotak pun dah boleh nampak beza ketara. Saya amek 3 sachet pun dah boleh rasa sikit kesannya.. Haaa.. hebat kan??


Kakak ni baru habis sekotak Shaklee Collagen Powder.. Dah nampak lebih cerah dan lebih muda.

Ni kesan untuk sekotak makan Shaklee Collagen Powder. Kulit lembut, gebu, lebih cerah, garis bawah mata pun berkurangan

Kakak ni baru minum setengah peket Shaklee Collagen Powder.. Kulit makin cerah dan gebu.

Ni yang paling best.. Kulit makin cerah, halus.. pori-pori mengecik.. Bintik hitam pun semakin pudar.

Yang ni kredit untuk Master Nadiah. Wajah semakin cerah selepas 2 minggu.


 KENAPA CEPAT NAMPAK KESAN?

Dah puas tengok gambar-gambar pengguna yang berpuas hati? Best kan kalau anda pun dapat kesan macam tu..

Nak tahu kenapa Shaklee Collagen Powder Shaklee ni cepat sangat berkesan?



Jisim molekul Shaklee Collagen Powder ni sangat rendah berbanding jenama yang biasa ada di pasaran.. Sebab itu ia mudah diserap oleh badan dan cepat memberi kesan. Kebanyakan yang ada di pasaran jisim molekul 300,000 dalton, terapung-apung dalam badan dan sukar diserap. Scary kan?

1000 dalton tu jisim molekul yang terbaik berasaskan penyelidikan. Kalau kecik sangat sampai 500 dalton, nanti terlalu fragile. Baru masuk dalam air, kacau-kacau mungkin dah musnah. Belum masuk dalam badan lagi..

Jadi buat apa amek collagen anda tu kalau kesannya lambat sangat atau mungkin sebenarnya tak berkesan pun. Rugi duit je kan.. Bagi harapan palsu pulak tuh!



100% BAHAN SEMULAJADI



Shaklee Collagen Powder membantu KEANJALAN, PENGHIDRATAN DAN ANTIOKSIDAN

Gambar di atas menunjukkan bahan-bahan semulajadi yang digunakan. 100% semulajadi tanpa bahan kimia berbehaya.


Jadi kenapa perlu ragu-ragu? Ramai yang dah rasai kesannya. Anda takkan masih nak berharap pada collagen yang mungkin murah, tapi langsung tak berkesan. kan?


-------------------------
Jika anda ingin mendapatkan Collagen pada harga Terbaik... Jangan lupa PM FB Hafsah Mardhiah atau sms 0199805803


`
Assalamualaikum..

Bulan ni bulan kecantikan.. Perempuan mana yang tak nak cantik kan? Yang selalunya bukan tak nak cantik, cuma malas ambil tahu.. Atau pun PERASAN dah ok...

Agak sentap bila ada orang-orang yang kita baru kenal teka umur kita lebih daripada usia sebenar..

Lagi sentap kalau suami mula komplen muka kita yang kusam, tak bermaya.. Tak macam masa sebelum kahwin... Kalau suami senyap, belum tentu dia suka.. Dia cuma tak nak kecikkan hati isteri.. jadinya dia redhaaaaaa aje dalam terpaksa.. Tak gitu??

Saya dulu pun memang malas nak jaga bab kecantikan ni... Tapi sentap jugak bila terbongkar rahsia yang ramai nampak saya sebelum ni macam umur 35 tahun.. Padahal umur saya belum masuk 30 tahun pun..Sedih kan? Muka pulak kusam tak terjaga... Penampilan pun memang selebet..  Sekarang dah improve la.. Ramai yang cakap macam anak dara pulak.. Hehe :P


Apa yang saya amek?

Dua-dua gambar tu bukan diambil khas untuk testimonial.. Tapi dikorek-korek dalam FB bila ramai yang bagi feedback positif.

Gambar masa Mei 2014 tu masa saya jadi SPEAKER event.. Tak sedar pun teruk sangat rupanya penampilan dan muka masa tu. Masa tu saya sedang mengandung.

Gambar November pulak masa selepas bersalin. (bersalin Ogos). Masa ni saya start ambil apa yang saya tak ambil masa mengandung..

Semua gambar-gambar tu, saya hanya pakai bedak dan lipstick nipis..

Nak tahu?? jeng jeng jeng :D

Saya konsisten ambil Shaklee Collagen Powder, Vivix dan pakai set pencuci muka Enfuselle.

Yang saya perasan, muka lebih cerah.. Kulit lebih halus.. wajah lebih berseri.. Bintik hitam makin pudar.. Dan yang best ramai cakap nampak lebih muda dan macam anak dara.. hihi. Suami pun setuju :P

Kalau dulu saya memang ada masalah kulit kering.. Jerawat memang jarang-jarang sangat ada, cuma kulit la selalu kering. Kalau duk dalam aircond konfem akan jadi bertambah kering terutamanya kat sekeliling bibir, pipi dan dagu.. Kadang-kadang menggelupas.. Jadi bila pakai compact powder memang nampak bertompok.

Tapi sekarang alhamdulillah dah makin ok.. Kulit dah semakin lembap.. lebih sekata :)

Ni saya belanja gambar 2 keping.. hihi

Bersama leader hebat saya PM Cery


Ni semasa ziarah ke rumah anak Shaklee saya Master Ainul.. Bersama adik-adiknya juga SID :)


Alhamdulillah, mujur sekarang saya dah lebih berkesedaran nak jaga penampilan dan kecantikan diri.. Bukan untuk siapa pun, untuk suami kita jugak...

Kang kalau comot sangat.. selebet, selekeh.. Muka kusam, nampak tua... Suami pun segan nak bawak kita keluar atau jumpa kawan-kawan dia.. Hah camne.. sentap tak? hihi

Dalam Islam pun tak suruh kita bersederhana sampai jadi selebet dan selekeh. Allah pun suka hamba-Nya yang cantik.. bersih.. kemas.. Kita ni bawak imej Islam jugak tau :)

Bagi saya bab kecantikan kena jaga dalaman dan luaran.. Makan vitamin untuk kecantikan.. pakai set pencuci muka yang betul.. Pada masa yang sama pemilihan pakaian yang sesuai mengikut bentuk tubuh serta warna yang sesuai mengikut kulit kita pun sangat penting. Biar la nampak terletak, kemas dan cantik anggun.. Tak semestinya kena mahal...

Nak alami juga transformasi macam saya? Jejom... Kita buat projek memikat suami nak??? Hehe.


P/s: Saya pun masih dalam proses untuk penambahbaikan... belum sempurna lagi.


-----------------------------
Kalau berminat nak tahu promosi Bulan Disember 2014.. Atau berminat nak saya guide anda untuk lebih cantik berseri, boleh PM FB Hafsah Mardhiah atau whatsapp 0199805803.


On 7:27 AM by Hafsah Mardhiah in , , ,
Assalamualaikum..

Eheh.. Tajuk bukan main kontoversi lagi kan.. Tak kan lah macam tu...

Kalau tak best.. Kalau semata-mata sebab duit je, kenapalah lah sanggup bertahan jatuh bangun susah senang lebih 3 tahun..

Baik la jual baju dress macam-macam fesyen yang sedang hot sekarang.. Jual shawl pun sekali up beratus-ratus mintak pm.. Tak pun jual mangga asam boi yang sedang fenomena tu.. Senang sangat dapat jualan. Tak gitu?

Malam ni saya bagi task kepada warga Telegram Inspirasi Legacy seramai 200 orang penuh tu..

"Adakah anda enjoy buat Shaklee? Kenapa anda rasa enjoy?"



Kenapa yer?? Saya pun berfikir sendiri... Soalan tu saya pun tak pernah tanya diri saya.. Tapi ada sesuatu yang ada pada Shaklee yang menyebabkan saya bertahan.. Tak kira macam mana susah payah, pengorbanan, air mata, jerit perih pun saya sanggup redah.

Apa yer?? Tadi selepas saya baca semua jawapan mereka... saya juga bertanya diri saya sendiri...

Adakah saya enjoy buat Shaklee?? Kenapa saya rasa enjoy? Adakah sekadar sebab nak kan bonus yang besar?

Dapat bonus besar... Konfem lah best kan. Tapi saya yakin kalau sekadar bonus besar, tak ke mana kalau tak ada hati bersama.. Tak akan bertahan lama kalau tak ada rasa enjoy dengan apa yang dilakukan.. Betul kan?

10 sebab kenapa saya rasa enjoy buat Shaklee:

1) Perjalanan dalam Shaklee bagi saya sangat 'adventurous'. Penuh cabaran.. Bukan jalan lurus.. Saya memang seorang yang sukakan cabaran.. Dan saya memang pantang kalah.. :) Sepanjang perjalanan macam-macam halangan ditempuhi.. Perlu MASTER THE GAME... Ada mainan strategi... teamwork.. leadership.. psychology.. dan gabungan bermacam-macam elemen yang unik untuk COMPLETE THE GAME sampai ke Master... (Tapi sebenarnya tak akan pernah complete pun.. sebab saya nak jadi LIFETIME MASTER :D )

2) Saya memang enjoy MEMBANTU ORANG... Saya sangat puas hati kalau boleh gembirakan orang lain sejak dulu.. Dalam Shaklee 2 elemen penting ialah BANTU ORANG SIHAT (kesihatan) dan BANTU ORANG KAYA & BERJAYA (kewangan).. anak cucu cicit dalam Shaklee.

Dua-dua pun buat saya puas hati. Kalau ada customer-customer beri feedback positif, kesihatan mereka bertambah baik.. Alangkah gembiranya saya....

Kalau ada anak cucu cicit Shaklee saya dapat bonus.. Dapat 3-4-5 angka.. Dapat bantu senangkan hidup mereka sekeluarga... Dapat bantu sampai berjaya... Alangkah gembiranya hati saya.. Lebih gembira daripada perasaan saya sendiri yang dapat bonus besar... Tak terkata!




3) Enjoy bertambah-tambah enjoy bila ada support group yang sangat 'supportive' dan 'happening'.. Ada ramai anak cucu cicit... Upline, downline.. sidelines.. yang sentiasa saling sokong menyokong.. bantu membantu.... Tak ada langsung rasa dengki, iri hati sesama sendiri walaupun melihat orang lain lebih berjaya... Penuh dengan cas-cas positif setiap masa.

4) Saya suka elemen motivasi, inspirasi yang terlalu banyak dikongsikan setiap hari. Daripada pelbagai group.. Upline, downline, leaders, Masters.. Dan saya jugak berpeluang berkongsi motivasi dan inspirasi.. Cas positif bertebaran sana sini.

5) Ukhuwwah dalam Shaklee tak ternilai harganya.. Mungkin saya kehilangan ramai kawan yang wavelength nya berbeza, tapi saya dapat lebih ramai kawan baru yang mempunyai wavelength puak kaya dan berjaya :) Ibarat satu keluarga besar yang saling menyayangi.. Walaupun ramai yang belum pernah bersua muka.. Hanya di alam maya.



6) Saya enjoy buat Shaklee sebab terlalu banyak perkara baru yang saya belajar sejak saya join Shaklee.. Even setiap hari saya akan belajar perkara baru.. Ilmu kecantikan, kesihatan, nutrisi, leadership, management, sales, marketing dan pelbagai lagi. Luas sangat ilmu Allah kalau nak dihitung.

7) Saya enjoy buat Shaklee sebab Shaklee dah banyak transformasikan diri saya... Daripada yang negatif menjadi positif... Daripada yang suka buat kerja sekerat jalan, tapi menyebabkan saya complete the game sampai ke Master... Daripada yang rendah diri kepada seorang yang lebih berkeyakinan.. Daripada seorang yang tak pernah berimpian besar, akhirrnya berani berimpian besar dan menuju untuk mencapainya...

8) Saya enjoy buat Shaklee sebab produknya sangat berkesan, selamat dan semulajadi. Saya dah rasai sendiri kesannya.. Keluarga dan ibubapa saya pun dah rasainya kesannya. Jadi saya enjoy nak berkongsi kebaikannya dengan orang lain jugak. Kesian orang lain yang ada masalah kesihatan.

9) Saya enjoy buat Shaklee sebab ada sistem MARKETING PLAN yang sangat menghargai pengedarnya. Ada sistem yang adil.. Sistem bonus yang berganda-ganda 2-3-4-5-6 angka mengikut usaha.. Ada peluang melancong bersama Shaklee ke luar negara dengan layanan 6 bintang dan peluang mendapat program bonus kereta. Best kan?

10) Yang paling penting daripada segala yang di atas ialah group Shaklee kami sentiasa mengingatkan saya supaya selalu kembali kepada Dia.. Hubungan dengan Allah lebih baik berbanding dulu... Alhamdulillah. Macam 1 group usrah yang besar yang sentiasa saling mengingatkan..





Saya yakin kalau kita tak enjoy dengan apa yang kita buat.. Buat sebab terpaksa.. Sebab nak cepat kaya.. Sebab nak dapat bonus besar, konfem kita tak akan dapat.

Sebab kita tak bawak hati kita bersama dalam setiap apa yang kita buat. Hati lah raja. Tanpa hati mana ada magnet untuk menarik customer kepada kita.. Nak tarik kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan pun tak kan dapat!


----------------------------------
Nak ENJOY bersama kami? Hubungi saya Hafsah, 0199805803 :)