Baru2 ni...ada lagi beberapa keluhan rintihan customer2,ibu2 diluar sana yang kecewa dgn hasil susu yang kurang memuaskan selepas mkn supplemen.....maaf sbb baru harini dapat saya tulis disini... tapi boleh je refer entry2 saya yang terdahulu... mmg topik ni bukan topik baru.. tapi saya suke menulis tentang ni berkali2... bukan sbb takde topik baru... tapi hampir setiap hari saya berkenalan di alam maya dgn ibu2 baru...yang baru 1st time mkn supplemen..yang menaruh harapan tinggi apabila makan supplemen...... dan mungkin mereka tak sempat dan terlepas entry2 dan artikel2 saya yg terdahulu ttg topik ni....…hmm….sebab tu saya nak menulis di blog ni.. bagi saya tiada apa yang lebih happy selain dari melihat anda semua happy dan teruja dgn kesan pengambilan supplemen...

…..jadi apa bila berdepan dgn keluhan2 ibu2 ni... saya amat mengharapkan ibu2 diluar sana bersabar.. bukan senang nak senang... especialy kepada ibu2 yang baru 1st time nak menyusukan anak..... baru makan vitamin seminggu mengharapkan perubahan besar berlaku. Memang tidak dinafikan ada yang makan vitamin 1-2 hari sudah nampak kesan yang sangat ketara, tidak kurang yang makan sama sebulan baru nampak hasil. Namun bukan semua badan sama....Allah Maha Bijaksana..Inilah sebabnya Allah suruh kita melihat dan memikirkan keunikkan alam dan ciptaanNYA.

Paling mudah contoh yang boleh saya beri yg saya baca dari blog anakkuwiraku...Jika kita tanam biji rambutan...bukan esoknya terus tumbuh daun, apatah lagi buahnya. Maka masa juga… Lain jika kita tanam pokok taugeh ... esoknya dah menjalar pucuknya keluar. kak N kata masa dia kecik dulu dia tanam dua jenis pokok....

1. Pokok nangka... selepas 3-4 tahun baru dapat rasa hasilnya.

2. Pokok kacang hijau.... yang ni memang seronok sebab hasilnya cepat. Pokoknya tumbuh pun cepat, berbuah pun cepat.

Namun dapatkah kita bezakan nikmat makan dua jenis makanan ini? Buah nangka perlu masa untuk masak di pokok. Manakala kacang hijau juga perlu masak untuk empuk dalam periuk.
Bak kata kak N..kedua-duanya perlukan kesabaran. Arwah abah kak N kata kesabaran akan wujud dalam hati apabila dalam hati hadirnya keimanan.Mengapa ramai ibu kini yang berjaya menyusukan anaknya sehingga 2 tahun? Kerana hadirnya iman dalam hati ibu2 ini....berkat kesabaran melalui pahit maung dalam menyahut cabaran penyusuan. Sesungguhnya cabaran ada di mana-mana. Apa jua impian atau cita-cita ada cabaran tersendiri.
Dan ni saya kongsikan pengalaman dan jerih perih ibu addin &nasa sepanjang penyusuan kedua2 anaknya.. (walaupun beliau ni suri rumah.siapa kata suri rumah takde cabaran dalam penyusuan?..… jom baca)


Antara cabaran penyusuan ibu sendiri semasa menyusukan Addin dan Nasa:
1. Emak ibu pada mulanya sendiri tidak menyokong niat murni ibu namun selepas 2 tahun menjayakan penyusuan, emak ibu sendiri mengakui ibu adalah seorang ibu yang sabar. (Anugerah yang terhebat apabila mendapat pujian dari emak sendiri)
2. Flat nipple....
3. Nipple luka dan terkoyak.... memang ngeri bila di ingat, namun ia tidak buatkan ibu mengalah.
4. Bengkak susu...apabila si manja minum main-main. Memang akan demam bila kena bengkak susu.
5. Pengeluaran susu merundum bila ibu susah hati atau makan tidak teratur ....
6. Anak mengempeng (melekat dengan ibu)...bila tidak sihat. Walaupun tidak berlarutan namun ibu pernah melalui saat ini semasa menjayakan penyusuan.
7. Perlu kerap ke tandas kerana minum air sehingga 5 liter sehari.
8. Sakit gigi kerana kurang minum susu semasa menyusukan Addin.Pengajaran bermakna dalam hidup, seorang ibu yang mengandung atau menyusukan anaknya PERLU memastikan keperluan kalsium yang mencukupi.
9. Pengalaman menyusukan anak di tempat awam...bukan suatu yang mudah kerana perlu pastikan kita dapat menyusukan si manja tanpa memalukan diri sendiri sehingga menonjolkan sesuatu yang perlu ditutup rapi.
10. Kata-kata pembunuh dari rakan yang tidak menyusukan anak.... inilah antara punca kegagalan si ibu yang tidak mempu meneruskan perjuangan penyusuan terutama apabila mendapat nasihat percuma yang membantutkan niat murni penyusuan si manja.

Dan mmg benar..ada banyak lagi susah payah dan cabaran2 ibu2 diluar sana.. dan sejak saya berblog ni…ramai ibu2 di alam maya yang saya kenali…mcm2 cabaran…..memang seronok berkongsi pengalaman...ape2 pun semuanya balik pada diri sendiri sama ada hendak terus berjaya atau menyerah kalah di pertengahan perjalanan. Setiap cabaran itu pula pasti ada JALAN penyelesaian jika kita punya KEMAHUAN untuk berjaya
. Namun kekuatan itu perlulah seiring dengan keperluan rohani dan jasmani. Makanan jasmani mungkin boleh ditampung dengan keperluan supplement namun makanan rohani seperti mengaji dan berzikir tidak boleh diabaikan sama sekali…
DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU PASTI ADA JALAN..
Saya sentiasa mendoakan buat ibu2 di luar sana..

YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

credit : Kak N & Kak Cery

shakleeshakleeshakleeshakleeshakleeshakleeshakleeshakleeshakleeshakleeshakleeshakleeshaklee
Berminat? Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee di hafsah.mardhiah@gmail.com atau sms 0199805803
shakleeshakleeshakleeshakleeshakleeshakleeshakleeshakleeshakleeshakleeshakleeshakleeshaklee


Feel free to share!



Apa Kata Anda