Salam sejahtera,

Menjaga kesihatan selepas melahirkan merupakan perkara terpenting. mak selalu pesan... Menjaga kesihatan selepas melahirkan merupakan terpenting. mak selalu pesan... jaga badan betul-betul supaya bila tua, takde lah asyik xsihat. Kalau ikut orang-orang tua dahulu..tak boleh keluar rumah 44 hari.. tak boleh pijak tanah 44 hari... zaman saya dah tak macam tu.. ;) Namun tak dinafikan menjaga kesihatan itu wajib dititik beratkan..

Apa yang anda pilih ketika berpantang? JAMU? VITAMIN? atau kedua-duanya?

Jom baca berkongsian dari kak N.... VITAMIN vs JAMU... Kenapa beliau pilih VITAMIN?

credit...(anakkuwiraku.com)

Sejak mengandung anak sulung, saya memang nekad hanya berpantang dengan pengambilan vitamin semata-mata. Ini kerana melalui pembacaan saya, apabila seorang ibu melahirkan anaknya, beliau akan kehilangan banyak darah maka badan memerlukan cukup vitamin dan zat untuk proses pemulihan. Ini ditambah apabila saya niat nak menyusukan anak saya, maka saya perlu memastikan badan saya cukup vitamin untuk pemulihan dan secara langsung dapat berfungsi dengan baik dalam penghasilan susuibu. Ditambah saya melahirkan anak secara berpotong [ c-sec] maka saya perlu pastikan rahim saya cepat baik dan jahitannya tidak rosak.

Ada beberapa kenalan yang saya temui yang melalui kelahiran berpotong seperti saya, jahitan mereka ada yang terbuka, ada pula yang bernanah sehingga sebulan di hospital dan ada juga yang tak mampu bergerak selama berminggu kerana jahitan lambat sembuh dan ditambah tempat jahitan dijangkiti kuman dan merebak.

Pada awal kelahiran, mak mertua saya berikan saya minum air rebusan kunyit dan terus bacaan kuning anak saya meningkat ditambah anak sulung saya lahir pra matang. Sejak tu lagi la saya cuma percaya pada vitamin semata-mata.
Saya banyak membaca buku tulisan doc yang pro vitamin seperti Dr Bruce Miller , doc feveret saya. Banyak diterangkan fungsi dan keperluan setiap vitamin.

Maka vitamin yang paling bagus diamalkan semasa berpantang ialah



Multivitamin lengkap dengan formula zat besi
Zat besi sangat penting untuk pembinaan sel darah merah. Tanpa cukup zat besi si ibu akan kelihatan mudah pucat lesi, tak bermaya dan paling teruk mudah pengsan atau pitam. Pengambilan multivitamin dengan zat besi sangat perlu demi memastikan tubuh mendapat semua vitamin yang diperlukan yang adakala tidak dapat diperolehi dari pengambilan makanan harian kita.

Vitamin b complex
Membantu menstabilkan hormon maka si ibu tak mudah rasa stress dan tidak mudah meroyan. Ia juga membantu dalam proses pembinaan sel darah merah dan ianya sangat bagus untuk proses pemulihan bagi si ibu yang baru melahirkan anak. Selain itu vitamin B complex juga sangat perlu untuk meningkatkan sistem pertahanan badan.

Vitamin C
Semua orang tahu kebaikan vitamin C. Ia bagus dalam membentuk dan meningkatkan antibodi badan kita. Ianya juga penting dalam pembentukan kolagen. Kolagen penting untuk menyatukan setiap sel dalam tubuh. Tanpa cukup vitamin C, kulit mudah luka. sensitif dan gusi mudah berdarah adalah tanda umum yang paling mudah kita ketahui.

Zinc
Ianya banyak terdapat dalam ikan haruan dan makanan laut. Namun lebih mudah saya amalkan tablet. Ia membantu mempercepatkan proses baik luka. Zinc antara vitamin yang penting untuk pertumbuhan. Pengambilan zinc dapat dilihat kesannya pada pertumbuhan dan pembesaran bayi, rambut ibu tak mudah gugur dan luka bersalin cepat baik.

ESP
Ada sesetengah orang memang tak amik endah tentang keperluan protien dengan mengandaikan sudah memadai makan ikan , daging , telur serta minum air soya yang dibuat sendiri. Namun berapa ramai yang tahu dan ingin ambil tahu bahawa protin hanya bertahan pada suhu yang tidak lebih 36*c. So bila kita goreng dan masak susah tentu suhu melebihi 36*c. Ini akan mengganggu kandungan asid amino dalam protien itu tadi. sebab itu protien yang kita dapat dari makanan yang di masak adalah bersifat ala kadar dan atas dasar janji ada dalam menu. Ramai yang tidak tahu, pengambilan protien yang mencukupi dengan aisd amino yang lengkap membantu dalam penghasilan kulit yang cantik, rambut yang sihat, kuku yang elok serta penghasilan susuibu dengan kadar lebih cepat provided sesi perahan yang konsisten. Malah lebih ketara apabila anak yang menyusu mudah kenyang walaupun ini dinafikan oleh mereka yang tidak pro vitamin. Selama 11 tahun saya mengamalkan ESP Shaklee, saya sangat berpuashati. Walaupun ada suara sumbang yang mengatakan kononnya pengambilan protien boleh menyebabkan gout, untuk pengetahuan kalian, bapa mertua saya yang mempunyai gout mengamalkan pengambilan ESP dalam proses penyembuhan beliau. Ini kerana kandungan asid amino dalam ESP Shaklee adalah lengkap dan selamat diambil.


Selain ini, apa yang saya amalkan?
Saya turut amalkan vitamin E untuk pastikan jahitan luar dalam saya baik dan cantik. Doktor yang manyambut anak saya mengakui jahitan dalaman rahim saya sangat cantik dan beliau akui semasa nak keluarkan anak kedua saya dimana saya separuh sedar masa itu. Selain itu ia juga membuatkan perut saya bersih dari kesan balar yang kebanyakan ibu lalui apabila melahirkan anak. Alfalfa saya teruskan untuk memastikan susuibu saya dibuat dengan cepat dan efisein. Disamping pengambilan kalsiumuntuk menggantikan kalsium dalam badan saya yang digunakan untuk membuat tulang dan saraf anak yang dikandung dan keperluan utama penyusuan adalah kalsium agar anak dapat membesar dengan sihat dan tulang yang kuat.

Maaf ya, saya tak makan jamu....sebab dalam minda saya, saya hanya perlukan vitamin untuk baik dan menyusu anak. Walaupun jamu boleh diambil bersama vitamin namun saya tidak mahu ianya mengganggu sistem tubuh badan saya kerana saya tidak mahu kecelaruan dalam darah berlaku disebabkan kandungan yang tidak diketahui.

Maka nasihat saya, jangan jadikan pengambilan vitamin sebagai LAST RESORT terutama apabila menghadapi masalah penyusuan. Alangkah baik ia diambil dari awal supaya badan kita yang sihat akan terus sihat. Ini apabila vitamin dijadikan last resort, kita akan berada dalam kedudukan terdesak dan mengharapkan miracle happen dan masalah dapat di atasi dengan segera. Kita akan kehilangan rasional apabila berada dalam keadaan tertekan. Bila sakit baru nak cari vitamin, badan perlukan masa untuk kenal vitamin, untuk serap vitamin dan ini memakan masa untuk pulih.
Bak kata orang, penyakit ni datang macam ribut, pulangnya macam siput.
Berbeza dengan mereka yang buat persiapan awal. Sama juga dengan simpanan. Ada orang simpan duit sejak masa senang supaya bila susah ada simpanan back up. Tetapi mereka yang tidak beringat akan hilang punca apabila terdesak. Sedangkan masa senang tak mahu menyimpan.
Lebih baik amalkan vitamin semasa sihat supaya ia membantu untuk kita kekal sihat. Bagi yang tidak pro vitamin, tiada paksaan dalam hidup sebab semua orang mempunyai kemampuan yang berbeza.

Berminat untuk mencuba vitamin shaklee? Hubungi 0199805803 atau Facebook: hafsah mardhiah


Feel free to share!



Apa Kata Anda