Semalam selepas dinner, saya dan suami bersembang mengenai perkembangan anak-anak....antara perkara yang membuat saya tersedar sesuatu. Betul kata suami saya, setiap anak rezekinya tak sama. Setiap anak mempunyai ciri dan karektor yang tersendiri. Zaman mereka juga berbeza.

Kami melihat beza akibat perubahan zaman itu sendiri. Zaman Addin, kami beri dia mula makan cokelat pada usianya mencecah 4 tahun ke atas. Cokelat yang kami beli pun cuma jenama Kit Kat. Itupun beli jika ada sale aje yang mana harga zaman dulu RM3 lebih baru lah kami beli. Ketawa kecil kami bila mengingatkan zaman itu.

Namun seperti yang suami cakap, zaman setiap anak tak sama. Nasa mula makan cokelat seawal usia dia 3 tahun lebih namun lebih hebat sebab cokelat kegemaran dia adalah jenama Kinder Joy yang sebiji harganya RM3 lebih. Mungkin sebab itu Nasa sentiasa 'joy' dalam kehidupan seharian....hahahaha.

Syukur mereka berdua tak minat langsung nak minum air berkarbonat walaupun dah berapa kali saya memaksa mereka minum walau seteguk 100 plus, mereka berdua menolak dengan mengatakan air gas tak sedap dan masam.

Apa yang saya nak sampaikan ialah zaman itu berubah, yang mana keperluan dan kehendak juga berubah mengikut zaman. Bagi mereka (ibu bapa) yang pandang jauh mereka akan berusaha untuk menyediakan yang terbaik buat anak-anak mereka.

Bukan saya kata makan gaji tak bagus. Malah ianya lebih selamat dan lebih terjamin. Cuma untuk menyediakan yang lebih dan terbaik perlukan satu tambahan pendapatan atau kata lain pendapatan sampingan.

Malah saya yakin ramai yang sudah mula menyedari hakikat itu. Ini boleh dilihat dari laman web sosial seperti Facebook betapa ramai yang menggunakan sebaik mungkin kegunaan laman itu untuk memperkenalkan produk , berjual beli , perbincangan dan sebagainya.

Namun pernahkah anda terfikir untuk benar-benar mempunyai pendapatan sampingan yang membantu mengubah nasib anda? Bukan SKIM CEPAT KAYA tetapi melalui perkongsian kebaikan dan penjualan produk dengan bonus serta untung runcit yang berbaloi?

Ramai yang minat berniaga ditambah jutawan -jutawan yang sedia ada dalam dunia terdiri dari mereka yang berniaga dan mengusahakan sesuatu. Apakah perniagaan yang benar-benar menguntungkan? Perniagaan yang mempunyai "repeat order" adalah antara perniagaan yang berbaloi diusahakan.

Maka sekiranya anda berminat untuk mempunyai pendapatan sampingan seperti saya, malah anda pernah menjadi pelanggan saya sebelum ini, saya sangat mengalu-alukan anda mencuba perniagaan yang saya usahakan sekarang. Adakah ianya berbaloi? Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tiada siapa yang tahu.
Bila seharusnya kita mulakan mengusahakan pendapatan sampingan? Adalah sangat baik kita usahakan sesuatu itu dalam keadaan kita belum memerlukan duit tambahan. Mengapa? Ini kerana apabila individu itu dalam keadaan terdesak maka dia akan mula menjadi seorang pendesak dan mengharapkan keuntungan yang besar dalam keadaan sekelip mata. Walhal mencari pendapatan sampingan melalui berniaga ibarat kita menanam pokok, perlu masa untuk ia membesar. Mulakan sebagai hobi dan jadikan ia sebahagian dari rutin kecil anda. Mulakan berniaga yang anda minat maka anda akan sabar untuk mengusahakannya.

Kebelakangan ini saya menerima beberapa email yang bertanyakan apakah sebenarnya kebaikan apabila mengusahakan MLM Shaklee seperti yang saya usahakan. Secara umum saya maklumkan, melalui Shaklee, saya memperolehi untung runcit selain bonus, malah saya diberi peluang percutian bersama keluarga tersayang dan saya dapat membantu mengubah nasib saya dan keluarga disamping membantu untuk pembangunan ummah. Saya sendiri menceburi Shaklee kerana minat tentang kesihatan. Saya mulakan dengan ahli keluarga terdekat dan kawan-kawan baik sahaja dan secara perlahan-lahan ia makin berkembang. Siapa sangka dah 11 tahun saya berkongsi kebaikan Shaklee dengan ramai orang. Saya mulakan dengan minat :). Saya masih ingat bonus pertama saya dalam Shaklee hanya RM28 sahaja.

Saya yakin semua orang sukakan benda yang senang. Namun balik kepada prinsip asas kehidupan, jika rajin dan bijak kejayaan pasti menjadi milik kita. Sama dalam Shaklee ianya  kerana ianya adalah produk kesihatan dan ianya diakui memberi kebaikan kepada taraf kesihatan kepada mereka yang berdisiplin mengamalkannya dan konsep utama pengasas syarikat ini iaitu Dr Forest C. Shaklee, lebih banyak yang kita kongsikan lebih banyak manfaat yang kita perolehi.

Hakikatnya dalam apa jua perniagaan yang kita usahakan, perlu rajin , istiqamah, jujur dan pentingkan keberkatan insyaALLAH akan berjaya. Satu lagi, dalam berniaga memang banyak persaingan. Tidak perlu menjatuhkan orang lain untuk kita naik kerana Al Khaliq menciptakan pucuk pokok yang baru tanpa mematahkan ranting yang sedia ada. Rezeki tertulis kepada kepada yang berusaha. Selagi kita pegang kepada niat mencari rezeki yang halal dan diberkati insyaALLAH akan nampak jalan yang lebih luas.

Sekiranya anda berminat untuk mencari pendapatan sampingan, saya akan tunjukkan dua cara dalam Shaklee : dengan modal dan tanpa modal. Apapun emailkan kepada saya di hafsah.mardhiah@gmail.com untuk lebih lanjut. Boleh juga hubungi 0199805803 atau Facebook: hafsah mardhiah



credit

Feel free to share!



Apa Kata Anda