Apabila menyebut tentang kandungan kolstrol yang tinggi, ramai yang beranggapan orang yang bersaiz badan besar sahaja yang berisiko mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah. Jika anda fikir begitu, anda silap. Buktinya, Ummi saya sendiri mempunyai masalah kandungan kolesterol tinggi walaupun beratnya sekarang hanya sekitar 45kg. Sekarang  Ummi saya perlu berjaga-jaga dengan mengambil UBAT sentiasa untuk mengawal kadar kolesterol dalam darah.

Jadi malam ni saya 'study' sikit tentang kolesterol, untuk saya lebih faham tentang sifat-sifat kolesterol ni. Apabila disebut tentang kolesterol, pastinya kita menganggap kolesterol semuanya JAHAT. Sebenarnya kolesterol terbahagi kepada 2 jenis: Iaitu KOLESTEROL BAIK - kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) dan KOLESTEROL JAHAT - Kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL). Sebaik-baiknya kandungan kolesterol dalam badan seseorang dewasa itu perlu di bawah 5.2 mmol/L. Jumlah kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL), Kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan trigliserida dapat mendapatkan jumlah sebenar kolesterol dalam tubuh melalui profil lipid yang melalui ujian darah.

Kenapa disebut KOLESTEROL BAIK dan KOLESTEROL JAHAT?

KOLESTEROL BAIK (HDL) akan membawa kolesterol ke pembuluh darah untuk dibawa ke hati dan seterusnya akan dikeluarkan dari tubuh.
KOLESTEROL JAHAT (LDL) akan membuatkan saluran pembuluh darah tersumbat dan menyempitkan arteri darah.

Penyakit yang disebabkan oleh kandungan kolesterol yang tinggi:
1) sakit jantung
2) tekanan darah tinggi
3) strok

Kesan Pemakanan kepada kandungan kolesterol dalam badan
1) Jauhi makanan yang mengandungi lemak tepu seperti daging, produk tenusu, santan, minyak kelapa sawit, ais krim, coklat dan susu pekat manis kerana ia boleh meningkatkan paras kolesterol jahat (LDL)
2) Elakkan juga makanan yang mengandungi lemak trans (lemak terhidrogen) yang terkandung dalam makanan komersial tersedia seperti kek, biskut, snek, mentega kacang dan makanan berproses seperti sosej, pai, nugget, burger dan donut yang mengandungi kolesterol jahat (LDL).
3)  Makanan yang mengandungi lemak tak tepu pula dapat mengurangkan risiko serangan jantung kerana mengandungi anti-oksida dan tidak akan meningkatkan paras kolesterol jahat (LDL). Bagaimanapun  jika diambil dalam jumlah berlebihan akan meningkatkan berat badan seseorang.
4) Antara makanan itu (HDL) terdiri daripada jenis minyak seperti zaitun, bijan, kacang, jagung, kanola manakala ikan dari jenis salmon, tuna, mackerel, cencaru, tongkol, tenggiri, selain bijian, kekacang dan marjerin tidak tepu (soft).
5) Sebaiknya pelbagaikan teknik masakan dalam seminggu iaitu mengukus, membakar, merebus dan sebagainya dan gunakan kuali tidak melekat.
Selain itu, gantikan masakan yang menggunakan santan dengan susu rendah lemak

VITAMIN untuk turunkan KOLESTEROL JAHAT dan meningkat KOLESTEROL BAIK??

Saya sedang berfikir-fikir untuk menggantikan UBAT kolesterol Ummi dengan Vitamin Shaklee. Daripada Ummi terus menerus mengambil UBAT yang pastinya berasaskan DADAH, lebih baik digantikan dengan VITAMIN SEMULAJADI yang tiada kesan sampingan, atau yang langsung tiada kesan jangka panjang. Vitamin Shaklee yang terbaik untuk mengawal kadar kolesterol dalam darah tentunya LECITHIN, selain baik untuk DIET. 


Kegunaan LECITHIN :
- Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
- Memecah serta mencairkan lemak terutama kolesterol.
- Menurunkan total serum kolesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
- Membantu kawal paras triglycerides.
- Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
- Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.


Selain itu, amat bagus diambil bersama FIBER unflavored
7 kebaikan FIBER:

  • Membantu detoks dan juga membantu bowel movement (usus mudah lawas) - Bowel movement ni penting utk kesihatan usus dlm badan. 
  • Memerangi kanser -Pengambilan diet harian yg tinggi Fiber juga membantu dlm menggalakkan bakteria yg 'baik' dlm isi perut, mengurangkan bahan2 yg menyebabkan cancer. 
  • Membantu merendahkan kolestrol 
  • Mengawal paras gula - Water soluble Fiber menghentikan secara langsung kenaikan paras gula/glukos, mengurakan perlunya insulin dan seterusnya membantu pesakit2 diabetis
  • Mengawal uric acid dlm badan - Sebab tu Fiber ni penting bagi pesakit gout dan arthritis dimana penyakit2 tu berpunca daripada uric acid yg berlebihan .
  • Mengurangkan berat - Secara teorinya , fiber ni berfungsi menyerap cecair (mcm sponge) yg banyak dlm badan, Fiber juga memberi rasa kenyang dan seterusnya mengurangkan selera mkn.
  • Menggalakkan jantung yg sihat.

Jangan pandang remeh tentang kolestrol. Belikan kolestrol untuk diri anda mahupun kepada yang tersayang. Saya insyaAllah akan belikan Lecithin untuk umi..sebelum ni saya dah belikan SET A (Optimum Health - Vitamin C, B complex, Vitalea), Energizing Soy Protein dan GLA Complex untuk dimakan bersama Abah. Tiada yang lebih membahagiakan daripada melihat orang yang kita sayang sihat dan bahagia kan??!!

Nak tahu lebih lanjut kegunaan lecithin? Baca sini

Berminat nak mendapatkan Lecithin dan Vitamin Shaklee yang lain? 
Sms 0199805803 atau Facebook hafsah mardhiah

Psst: Mengarang blog pd pukul 1.27 am..kerana menunggu En suami tiba dr LCCT ;)



Feel free to share!



Apa Kata Anda