Lama sungguh rasanya xupdate blog. Sian blog dah bersawang. Dalam 2 minggu jugak kut blog x di update. Seminggu berada di KL mengikut husband course, dan hampir seminggu lagi saya pulak yg pergi course di Kuching. Husband dan Reem pulak yang ikut saya course..hehe


Wah..rasa cam bz semacam je kan.. hehe..baru bisneswoman kecilan lg ni, dh rasa bz yang amat. 5 hari saya berada di Kuching (termasuk travelling day) untuk menghadiri Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Course. Alhamdulillah, dapat saya menghadiri penuh kursus 3 hari tersebut. Kursus yang bagi saya sangat-sangat BEST dan sangat-sangat BERMAKNA. Walaupun dah berjaya fully breastfeeding Reem Arriyashi selama 6 bulan, tapi rupanya banyak lagi yang saya tidak tahu selama ini.

Bila ditanya kenapa saya menghadiri kursus tersebut. Saya msih ingat lagi jawapan saya. "Saya sangat passion dengan breastfeeding dan bagi saya setiap bayi di dunia ini berhak mendapat susu ibu yang terbaik untuk mereka". Saya sangat berminat nak menjadi Breastfeeding Peer Counselor untuk membantu ibu-ibu yang lain menjayakan penyusuan. Kalau sebelum ini jika ada ibu2 yang meminta bantuan, atau jika customer-customer saya bertanyakan tentang penyusuan, jawapan saya hanya berdasarkan pengalaman dan pembacaan yang tidak seberapa. Bila pergi ke kursus tersebut, banyak lagi rupanya yang saya tidak tahu. Ada juga kadang-kadang cara jawapan saya kurang tepat, terutamanya cara memberikan 'consultation' yang betul untuk membantu ibu-ibu yang ada masalah penyusuan. 

Yang penting, walaupun saya Pengedar SHAKLEE, dan dalam masa yang sama saya adalah PEER COUNSELOR, saya mestilah sentiasa menjaga ETIKA saya. TIDAK mementingkan keuntungan perniagaan semata-mata dan CONSULT CUSTOMER dengan ilmu. JUGA semestinya saya tidak mencampur adukkan tanggungjawab sebagai seorang PC dengan bisnes SHAKLEE saya!! Jadi jika anda ada sebarang masalah berkaitan penyusuan, walaupun anda bukan CUSTOMER saya, jangan segan silu untuk berkongsi dengan saya. Saya akan cuba untuk membantu anda setakat kemapuan saya.

JOM kita tengok gambar-gambar saya di sana bersama 4 orang trainer dan 16 orang sahabat2 PC yang lain. 









Feel free to share!



Apa Kata Anda