Bila disebut tentang bisnes MLM - Multi Level Marketing, ramai yang mencebik.. Pelbagai gambaran negatif di kepala. Post ini adalah bertujuan untuk menangkis salah faham kebanyakan orang tentang bisnes MLM.

Jom saya cuba terjemahkan apa yang ada di kepala anda apabila disebut tentang MLM:

1- Sistem piramid - Orang bawah penat buat keje, sume orang atas yang dapat kaut skali
2- Sistem x adil - sape masuk dulu, dia yang untung.. berkait dengan yang NO 1 juga.. dan orang kat bawah xkan selamanya dapat mengatasi yang di atas
3- Skim cepat kaya - masuk je MLM, semestinya terus cepat kaya.. mesti pakai BMW, rumah banglo mewah
4- Tak de keje lain, jual barang, cari orang - Siap paksa2 dan pujuk rayu lagi supaya orang beli produk dan menjadi downline.
5- "Patut la cepat kaya masuk MLM!!" cebik..
6- Busy sana sini jumpa orang, cari orang buat meeting sampai tengah malam


Kenapa saya boleh terjemahkan dengan mudah apa yang tersirat di kepala ramai orang tentang MLM? Sebab saya pun mempunyai pemikiran yang sama tentang MLM sebelum ini. Semenjak di universiti, saya pernah masuk dlm 2 MLM, akibat BEST nye cerita yang di dengari.. satu Om*** dan satu lg ttg top up (xingt namanya dah).. dua2 pun saya masuk sbb pujuk rayu dan kesungguhan orang yang ingin menaja. Tapi selepas itu mindset saya tentang MLM sangat negatif sebab mereka hanya beriya-iya mencari orang, kemudian ditinggalkan. Saya terkapai-kapai... dan duit pun burn. Mungkin sebab kejahilan dan naive nya diri masa itu.

Kesemua yang di atas pun sebenarnya ada dalam kepala saya dulu. Lagi-lagi bila ada orang-orang yang dikenali menyertai MLM dan dalam masa sekejap mendapat pendapatan lumayan. Saya bertambah negatif. Malah apabila diajak, saya terus menolak..walaupun mereka sudah menunjukkan bukti pendapatan bulanan yang lumayan. Sikit pun saya xteruja..hehe. Sebab bagi saya - macam mudah sangat dapat duit yang banyak xsetimpal dengan kerja.. hehe.. sedap je kan fikir ;D

Sekarang saya pulak terlibat dengan Shaklee.. Shaklee juga adalah MLM. Tapi saya sangat POSITIF dan GEMBIRA dengan kerjaya yang saya ceburi sekarang. Kenapa saya menerima Shaklee - Euphoria? Saya xnk komen tentang MLM yang lain, sebab rasanya xlayak untuk menilai sistem lain yang saya tak sertai. Jadi saya hanya cerita tentang MLM Shaklee yang saya join.. hehe.. ada lagi rupanya bisnes MLM yang adil kat dunia ni!!

JOM BACA 10 sebab kenapa saya JATUH CINTA dengan SHAKLEE -Euphoria:

1- Yakin dengan produk yang berkekalan sejak lebih 50 tahun - Bila ada repeated order, dan produk mampu bertahan sekian lama, pastinya produknya sangat berkualiti. Shaklee bukan sekadar mementingkan sales, tapi sangat menitik beratkan kualiti vitaminnya. Setiap vitamin terbukti secara saintifik dan menjalani ujian klinikal!! Dan falsafah Shaklee, menjual dengan ilmu, dan membeli juga dengan ilmu..

2- Shaklee tidak menggunakan sistem piramid. Hasil mengikut usaha. Jika kuat usaha saya bulan tersebut, maka banyaklah yang saya akan dapat. Apa yang orang bawah (downline) dapat, maka hasilnya dialah yang dapat. Cuma Shaklee akn membayar bonus bulanan 'sebagai upah' mengajar dan menjaga downline,  sehinggalah downline boleh berdikari (mendapat 21%). Bila saya ada downline sekarang, barulah terasa penatnye nak menjaga setiap orang. Patutlah leader2 diberi upah mengajar, bukan mengambil hasil jualan mereka. Juga diberi leadership bonus atas usaha menjaga dan mengajar downline sehingga dapat pula menjadi Leader.

3- Shaklee bagi saya sangat adil. Siapa yang kuat berusaha, dia yang akan berjaya dan mendapat lebih. Malah downline boleh memintas upline dan mendapat lebih pendapatan jika rajin berusaha. Adil kan??

4- Shaklee bukan SKIM CEPAT KAYA. Sejak saya bermula, perkara paling utama yang saya diingatkan ialah Shaklee bukan SKIM CEPAT KAYA. Perlu rajin usaha untuk berjaya. Nak cepat atau lambat, terpulang kerana itu bisnes kita. Dan segalanya perlu bertahap2. Melompat daripada satu level, ke level yang lain. Pendek kata, saya baru tahu yang MLM - bisnes Shaklee ni x semudah yang disangka. Jika bulan itu saya rajin usaha, fokus..maka banyak la yang saya dapat. Perlukan kesabaran, fokus, disiplin dan komitmen yang tinggi. 

5- Yang paling membahagiakan saya bila masuk Shaklee EUPHORIA ialah kumpulan kami sangat menekankan tentang amalan wajib, serta amalan2 sunat dan amalan2 murah rezeki. TIPS - menjaga hubungan dengan Allah yang saya tak pernah dapat especially dalam bab mencari rezeki. Juga tidak mengabaikan suami, keluarga dan anak2.. kerana Euphoria dianggotai oleh semuanya WANITA yang kebanyakannya adalah ibu2. ;)

6- Dengan Shaklee - Euphoria, saya sangat positif dan bersemangat setiap hari. Perasaan yang saya tidak pernah ada sebelum, even semasa saya bekerja sebagai engineer PETRONAS. With love and passion saya sangat yakin saya boleh pergi jauh ;)

7- Shaklee (Euphoria) bukan sekadar nak jual barang dan cari orang. Malah kami x dipaksa untuk menjual barang atau dipaksa untuk mencari orang oleh upline. Konsep kami hanyalah "KEEP ON SHARING".. SHARE apa yang kita makan, SHARE apa yang kita rasa, SHARE kebaikan setiap produk untuk manfaat bersama.. Jika ada yang memerlukan, mereka akan beli.. Dan jika mereka berminat untuk menyertai Shaklee, mereka akan join. Tak perlu paksa memaksa dan pujuk rayu. Segalanya dibuat dengan ENJOY.. mengikut pace masing2.. dan tidak melupakan tentang soal keberkatan.

8- Sistem MLM - Shaklee dan mungkin kebanyakan MLM yang lain sebenarnya berniat baik, jika digerakkan dengan baik. MLM berniat supaya kekayaan dapat diwarisi oleh generasi yang akan datang. Cara mencari orang (menaja) adalah seperti Francais - Mc Donald, KFC, Secret Recepi dan sebagainya. Cuma dalam MLM, francaisnya adalah orang. Jika dalam perniagaan biasa kita secara individu menjual 120 unit produk. Tapi dalam MLM, jika kita menjual 20 unit produk dan 5 orang di bawah kita menjual 20 unit produk setiap seorang, bukankah jualannya adalah 120 unit dengan cara yang lebih mudah?

9- Dalam MLM yang menjadi keutamaan adalah networking atau hubungan dengan orang lain. Bukan sekadar menjual barang. Hubungan dengan orang sekeliling, upline dan juga downline. Oleh kerana itu menjadi tanggungjawab upline untuk menjaga dan mengajar downline sehingga boleh berdikari. Dan kerana itu juga Shaklee Euphoria sangat mementingkan AFTER SALES SERVICE kepada customer. 

10- MLM adalah gabungan SALES, MARKETING, NETWORKING dan LEADERSHIP. Dan pastinya yang menjadi DRIVER adalah POSITIVE THINKING dan HIGH MOTIVATION. Saya suka semua elemen tersebut ;) MLM - Shaklee bukan sekadar mengajar saya tentang sales dan marketing,  malah melatih saya tentang networking dan leadership. Kerana itu saya merasakan Shaklee / MLM adalah platform terbaik untuk seseorang belajar tentang bisnes kerana sistemnya lengkap untuk seseorang menjadi Usahawan yang berjaya.. dan tak mustahil boleh menjadi jutawan MLM suatu hari nanti.

Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada HOT MOMMA Euphoria, saya sangat-sangat mengalu-alukan anda untuk bersama-sama kami.
Hubungi 0199805803 atau facebook: Hafsah Mardhiah




Feel free to share!



Apa Kata Anda