On 11:40 PM by Unknown in hargai yang tesayang, Nikmat sihat
Semalam saya mendapat khabar yang sangat mendukacitakan.. yang membuatkan saya turut bersedih..
Pemergian suami sahabat / senior saya Kak Zifa.. Allahurabbi, besar sungguh dugaan buat mereka.. Berkahwin 17 Disember 2011 yang lepas, kemalangan pada 2 Januari..dan genap sebulan pada 17 Janauri 2012 Allah telah menjemput suaminya pergi. Maha hebat ujiannya, yang melihat pun rasa xtertanggung. Apatah lagi yang merasainya. Al-fatihah untuk Mohd Fikri Bin Ismail, semoga Allah meletakkan arwah di kalangan yang beriman. Allah lebih sayang arwah, yang insyaAllah meninggalnya di dalam perjuangan Islam. Semoga isterinya juga tetap sabar dan redha. InsyaAllah pasti bertemu lagi di syurga yang kekal abadi..
Bila mendapat khabar sedih tersebut, sangat2 menyentak hati saya. Memberi iktibar kepada yang masih hidup yang kita pun bakal menyusul.. Malah di luar pengetahuan dan jangkaan kita, yang orang2 yang kita sayangi juga akan menyusul.. Hanya tuhan yang tahu bila masanya.. cepat atau lambat di dalam rahsia Allah yang maha mencipta.
Bagaimana kita melayani orang-orang yang kita sayangi selama ini? Suami, anak2, ibu bapa, adik beradik dan kawan-kawan rapat. Adakah kita hanya "take for granted" yang mereka akan sentiasa ada bersama kita?? Redhakah suami kita dengan kita? Bagaimana kita mendidik dan membersarkan anak2 selama ini? Cukupkan kita menggembirakan dan menyenangkan hati ibu ayah yang membesarkan kita? Jangan sampai terjadi sesuatu yang tidak disangka, kita akan terkilan selama-lamanya... Nauzubillah
Peristiwa sedih tersebut sangat berbekas di hati.. membuatkan diri saya bermuhasabah, yang kita perlu menghargai orang2 yang kita sayangi sepenuhnya.. Buat yang terbaik untuk mereka setiap masa.. setiap hari. Mohon maaf dengan segera jika ada membuat kesilapan.. Jangan tunggu, kerana kita tidak tahu bila tuhan akan menjemput kita atau mereka ;(
Alhamdulillah, 11-15 Jan yang lepas saya sempat bercuti bersama suami, anak, serta umi abah dan mama (ibu mertua) di Kota Kinabalu sabah.. Memang tujuan utama untuk membawa parents kami bercuti bersama2... menggembirakan hati mereka. Alhamdulillah, kami masih diberi peluang untuk menikmati percutian bersama2.. kegembiraan dan kenangan manis masih dirasa ;)
Hargai orang-orang yang tersayang.. selagi mereka masih di sisi kita
Hargai kesihatan kita.. selagi kita masih diberikan nikmat itu.. kerana dengan kesihatanlah kita mampu membuatkan orang lain turut tersenyum.

Feel free to share!
Apa Kata Anda
Search
Popular Posts
-
" Saya memang amalkan makan vitamin E sejak dulu lagi, sebab saya tahu kebaikannya. Vitamin E Shaklee mahal la dan pada saya semua v...
-
Assalamualaikum.. Bulan ni bulan kecantikan.. Perempuan mana yang tak nak cantik kan? Yang selalunya bukan tak nak cantik, cuma malas ambi...
-
Assalamualaikum semua... Akhir-akhir ini ramai sungguh yang menghubungi saya untuk penghantaran COD (cash on delivery) Vitamin Shaklee ke ...
-
Assalamualaikum.. Bahagian 3.. Terima kasih kepada kawan-kawan yang tak jemu menyokong saya.. Yang berminat untuk mengetahui lebih mendala...
-
Hari lahir saya tiba lagi. Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi, kerana Allah masih memberikan saya peluang untuk terus bernafas di bumi ...