Assalamualaikum.. rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang berbangsa Cina. Semoga dengan kehadiran Tahun Naga ni membawa lebih kejayaan dan kekayaan.

Tadi dok belek2 Pakcik Google untuk dimuatkan dalam post Info sihat, dan terjumpa tentang 'Kuasa Ajaib buah-buahan ni'. Macam best je untuk saya share di Mamacergas ni... Buah bukan sekadar pembasuh mulut, malah mempunyai khasiat yg sangat besar.


Pakar Diet Klinikal, Pusat Perubahan Gaya Hidup, Pusat Perubatan Prince Court, Tan Yen Sing menjelaskan, kajian menunjukkan pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dikatakan boleh mengurangkan sehingga 17 peratus penyakit jantung koronari.

Buah-buahan elok dimakan sebelum nasi kerana selain khasiat buah dapat membantu penghadaman, ia juga membuatkan kita terasa penuh perut dan mengelakkan kita terlebih makan selepas itu. Sunnah rasulullah pun makan buah sebelum makan nasi kan.. ;)

Jom baca lebih lanjut: 

Dipetik di sini

Kuasa Ajaib buah-buahan:
  • Anggur/kismis
    Mengurangkan risiko kanser; strok; penyakit jantung dan hilang ingatan; antipenuaan; antioksidan; antiradang; kesihatan kulit; mata; kardiovaskular; kesihatan gastrik; kesihatan saluran kencing dan penyakit gusi.
  • Buah oren
    Kesihatan jantung; penglihatan; pelalian dan mengurangkan risiko penyakit kanser. Pada masa sama, buah sitrus ini turut memiliki kelebihan sebagai antioksidan; membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.
  • Buah Epal
    Pengambilannya yang kerap dikatakan dapat mencegah dementia atau nyanyuk; mencegah kenaikan berat badan; menurunkan kolesterol; menentang kanser dan antioksidan.
  • Buah pear
    Bersifat antioksidan; menjaga kesihatan kardiovaskular; antiradang; menjaga kesihatan jantung; menyembuhkan luka dan lebam; membaiki tisu; menjaga kesihatan penglihatan; menentang jangkitan; menyokong transmisi saraf dan melawaskan perut.
  • Pisang kaki
    Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.
  • Mangga
    Anti kanser; menjaga kesihatan penglihatan; membantu penghadaman; menjaga kesihatan kulit; membantu membaiki kesihatan seksual; menambah berat badan; menguatkan daya ingatan; berfaedah untuk anemia (kurang darah) dan mencegah selaran panas.
  • Kiwi 
    Buah yang kaya dengan vitamin C dan berasal dari New Zealand ini membantu mengatasi insomnia (sukar tidur); mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida); membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas dan batuk malam); mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit; menjaga kesihatan penglihatan; kesihatan kolon dan kesihatan prostat.
  • Pisang 
    Bagi mereka yang mudah stres atau alami tekanan, buah pisang boleh menjadi pilihan. Ini disebabkan ia kaya khasiat antikemurungan (membantu membaiki mood dan tidur); antioksidan; mengawal tekanan darah; meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan; meningkatkan tenaga; menjaga kesihatan jantung; mengurangkan risiko kanser; menentang ulser peptik; melegakan cirit-birit dan sembelit.

---------------------
Shaklee juga mempunyai vitamin yang kebanyakannya diambil daripada buah-buahan. Contohnya adalah Vitamin C yang dibuat daripada 7 1/2 biji oren, dan Vivix yang dibuat daripada anggur muskat dan beri.

Nak tahu lebih lanjut tentang Shaklee, hubungi saya 0199805803 atau facebook hafsah mardhiah


Feel free to share!



Apa Kata Anda