On 3:59 PM by Hafsah Mardhiah in , , ,
Hari lahir saya tiba lagi. Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi, kerana Allah masih memberikan saya peluang untuk terus bernafas di bumi ini.. Dipenuhi segala nikmat kesenangan, kesihatan, kebahagiaan.. Di kelilingi oleh orang2 yang saya sayang dan menyayangi saya.. Terutama suami, Reem, ummi abah, adik beradik dan kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan tak kira semasa saya susah atau senang.


Salah satu kesyukuran saya juga adalah kerana diberi peluang untuk melakukan apa yang saya suka setiap hari. Dengan rasa penuh LOVE & PASSION.. pastinya tugas yang utama sebagai ibu dan isteri... 

Tiada yang lebih bernilai daripada melihat Reem membesar setiap detik dan inci depan mata.. Dapat melihat sendiri perkembangan Reem daripada lahir sampai meniarap, merangkak, tumbuh gigi, makan dll... dan fully breastfeed Reem setiap masa bila dia mahukan. Kegembiraan apa lagi yang lebih besar untuk seorang ibu kan???

Dan pastinya part time job sebagai Shaklee Independent Distributor yang sgt saya cintai ;) Sebelum ni saya tidak pernah mengharapkan apa2.. tiak pernah memasang impian tinggi. Cukuplah bahagia bersama keluarga. Tapi sejak bersama Shaklee, saya yakin saya boleh melangkah lebih jauh dan dalam masa yang sama dapat menjaga sendiri Reem ;) Malah mampu nak bercita-cita nak jadi jutawan, yang selama ni langsung xpernah sy fikir. Kenapa perlu nak bercita-cita tinggi, nak melangkah lebih jauh?? Tak cukupkah apa yang saya ada selama ini?? Sebab jika saya kaya dan berjaya, saya boleh bantu orang lebih lagi. saya boleh bantu suami saya, ibu bapa saya, adik beradik saya dan orang-orang yang memerlukan.. Juga boleh bagi sumbangan yang lebih besar untuk Islam dan jemaah yang saya dokongi, InsyaAllah.


Allahuakbar.. Allah yang maha besar.. Terima kasih Allah yang memberi saya kesihatan dan nikmat yang terlalu banyak untuk disyukuri.. yang memungkinkan saya memasang cita-cita lebih tinggi. Terima kasih Allah.. Terima kasih semua keluarga, kawan-kawan dan pengunjung MAMACERGAS yang sentiasa menyokong saya ;)





Feel free to share!



Apa Kata Anda