On 7:17 AM by Hafsah Mardhiah in
Anda kenal personaliti bisnes bertaraf Billionaire Donald Trump?

 

Ketahui 12 petua bisnes beliau.

1) Letakkan diri anda sama seperti keadaan pelanggan
Untuk mengetahui adakah barang atau servis yang kita tawarkan disukai oleh pelanggan atau tidak, kita boleh cuba letak diri kita di tempat pelanggan. Kita akan melihat daripada kaca mata mereka.

2) Jangan takut membuat kesilapan kerana anda boleh membaikinya.


Kesilapan mungkin berlaku. Jangan takut. Apa yang penting jika kesilapan berlaku, dapatkan fakta-fakta penting daripada kesilapan dan belajar daripadanya

3) Tidak ada pengganti lain selain kerja keras

Untuk berjaya tak ada jalan mudah. Kita tak dapat mencari mengelak daripada bekerja keras untuk mencapai kejayaan.




4) Menyumbang kepada komuniti

Untuk terus berjaya dan kekal dalam perniagaan, apa yang tidak dilupakan ialah sumbangan kita kepada komuniti.

5) Sentiasa bersedia menghadapi kejayaan dan kejatuhan

Dalam perniagaan pasti ada turun naiknya. Sentiasa bersedia menghadapi apa saja sama ada kejayaan mahupun kejatuhan.

6) Berikan yang terbaik sewaktu bekerja dan sewaktu bersama rakan-rakan sekerja

Apabila bekerja, lakukan yang terbaik. Begitu juga apabila bekerja bersama rakan-rakan sekerja, jadilah ahli pasukan yang menyumbang kepada kumpulan.

7) Meniru orang yang anda kagumi

Untuk berjaya, tirulah orang yang dikagumi. Ikut langkah orang yang berjaya, kita pasti akan berjaya.

8) Berfikiran luas (Think Big)

Untuk berjaya dalam perniagaan mahupun kehidupan, kita mesti berfikiran luas. Kejayaan yang lebih besar akan kita capai.




9) Letakkan keputusan anda melalui penyelidikan yang rapi

Apabila membuat keputusan, pastikan berdasarkan penyelidikan yang rapi. Jangan buat keputusan melulu.

10) Ingat kepada matlamat dan impian

Setiap apa yang kita buat, ingatlah kepada matlamat dan impian kita. Matlamat dan impian boleh menjadi pendorong kuat untuk kita menentukan tindakan kita setiap masa.

11) Bertindak luar biasa daripada orang lain

Untuk menjadi orang yang luar biasa, kita haruslah bertindak luar biasa.

12) Kekal dengan ilmu yang diketahui

Jika kita mempunyai ilmu dan pengalaman yang mendalam dalam sesuatu bidang perniagaan, maka kekallah dalam bidang yang kita pakar. Jangan sesekali tamak untuk memasuki bidang lain yang kita tak kuasai.


Sumber: Majalah AO Tribe

Feel free to share!



Apa Kata Anda