On 9:28 PM by Hafsah Mardhiah in , ,
Korang pernah dengar Laksa Siam? Pernah makan? Kalau belum pernah, ni anda wajib cuba buat. Lagi-lagi untuk penggemar laksa laksam dan segala suku sakat adik beradiknya. Macam kami suami isteri lah.. Laksam.. Laksa penang.. Laksa kelantan.. Ni Laksa Siam pulak.. Semua memang kegemaran kami.. Die Hard fan tu.. :D

Laksa Siam paling sedap atas donia!

Cerita bermula...

 Masa Hari Raya Haji baru ni, kami kan tak balik kampung. Seorang kawan yang baik hati lagi cantik ni jemput kami ke rumahnya untuk makan Laksa Siam.. Kak Vi (FB: Vi Lai Nai Yok). Tu first time saya dengar Laksa Siam.. Apatah lagi makan, memang tak pernah rasa.. Macam manalah rupanya. Excited dengar orang ajak makan-makan, apa lagi.. Mesti lah kami terima jemputan tu.. hehe :D

 Bila dah makan.. ya Allah... sedap sangat laksa siam tu. Menambah lagi jadi 2 pinggan. Nak tambah lagi, tapi macam tak malu sangat pulak.. Hehe.. jadi baiklah mintak resepi sebab tak puas nak makan lagi. Boleh balik cuba sendiri. Dah tertangguh 2 minggu, baru berkesempatan nak buat.

 Pertama kali buat, kira menjadi lah.. Even ada bahan yang tak cukup. Esoknya buat untuk jamu umi abah datang KL untuk kenduri kahwin cousin. Memang lebih sedapppp terangkat gituu :)

 Jom siapa nak belajar buat Laksa Siam. Serius mesti jatuh cintaaa.. Mudahhhh je :D

 RESEPI LAKSA SIAM:

 Bahan-bahan (untuk 2 orang, 2 kali makan):

 Bahan untuk blender:
1) Cili padi.. tambah sikit cili kering (ikut selera pedas) - saya guna 6 biji cili kering
2) Bawang putih - 4 ulas
3) Bawang merah - 6 ulas (boleh jugak guna 1 bawang besar)
4) Belacan - secukup rasa
5) Serai - 3 batang kunyit - secukup rasa

 Bahan-bahan lain:
1) 1 peket laksa segera yang halus (lebih sedap yang halus.. menyerap kuah)
2) 1 tin sardin saiz besar (lenyek dengan sudu) / boleh jugak guna ikan sardin mentah, rebus dan carik halus (ni macam saya yang terlebih rajin.. kiki)
3) Asam keping - 3-4 keping
4) Bunga kantan - 2 kuntum
5) 2 kotak santan
6) Biskut kacang - 5 biji (hancurkan)
 7)Beras - segenggam (digoreng tanpa minyak sehingga kuning, kemudian diblend halus)
8) Garam & Gula - secukup rasa

Cara-cara membuat Laksa Siam:
1) Rebus laksa hingga lembut dan ketepikan
2) Masukkan santan tambah air sedikit
3) Masukkan bahan blender
4) Masukkan semua bahan-bahan lain
5) Kacau rata sehingga masak

Laksa

Kuah Laksa Siam

Untuk ulam:
- Timun (sagat halus)
- Bawang besar (potong halus)
- Kacang panjang (potong halus) - Suami saya tak suka, sebab tu tak ada dalam gambar. :D

Ulam-ulaman

Tambah telur rebus sebagai tambahan penyedap rasa.

Telur rebus

Yummeh... Selamat mencuba resepi Laksa Siam! Pasti terangkat :D

Siap... :)



Feel free to share!



Apa Kata Anda