On 9:27 AM by Hafsah Mardhiah in , ,
Salah satu perkara yang perlu dibuat oleh semua yang ingin memulakan bisnes ialah membuang 
PERASAAN MALU TAK BERTEMPAT..



Serius.. Malu tu besar sangat temboknya.. Kalau tak dapat lepas, memang tak dapat pergi jauh.


Kenapa perlu malu, sebab berniaga sunnah nabi.. Nabi Muhammad pun berniaga...

Kenapa perlu malu, sedangkan niat kita nak mengubah nasib diri dan keluarga..

Kenapa perlu malu, kalau kita nak membantu menyelesaikan masalah pengguna..

Malu sebab nanti orang kata kita macam mintak sedekah?

Malu sebab nampak kita macam miskin sangat?

Malu sebab nampak kita macam terdesak?

Lagi malu kalau kita terus hidup biasa-biasa susah tu sampai perlu berhutang sana sini..

Lagi malu kalau nanti nak sekolahkan anak pun tak berapa mampu..

Lagi malu sampai nak hulur duit bulanan kat mak ayah pun tak mampu..

Lagi malu sampai kena mohon subsidi dan bantuan sana sini..

Simpan je lah malu tu.. Bila kita susah, bukan orang lain pun yang nak tanggung keluarga kita... 

(Copy daripada status saya FB: Hafsah Mardhiah)

----------------------------
Betul ke betul? Kena kuatkan hati.. tebalkan muka sikit untuk berjaya. Ingat yang kita nak berjaya untuk siapa.. untuk apa...

Kalau malu sebab FEAR OF REJECTION pulak, boleh guna tips daripada sifu saya DAO..

Ingat formula ni: SW SW SW N

SW - SO ME WILL

SW - SOME WON'T

SW - SO WHAT

NEXT

Jalan terus... NEXT...


Selamat beramal.. Semoga kita semua kaya dan berjaya.



Feel free to share!



Apa Kata Anda