Assalamualaikum..

Pagi tadi kami ada Slot Istimewa bersama PM Nur Laila di Group Whatsapp #SunshineFighters khas untuk anak cucu Coordinator ke atas.

Tajuknya ialah: Weathering The Storm (Bagaimana Menghadapi Cabaran Sekarang)

Alhamdulillah.. sangat-sangat menyuntik semangat untuk terus bertahan dalam Shaklee.

Analogi yang saya sangat suka ialah tentang Pemandu Bas vs Penumpang Bas.



Ni saya ulas balik ikut kefahaman saya.. Bagi contoh negeri saya, lagi mudah nak ingat :D

Contoh katakan sebuah bas nak bertolak dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

Di tiket mesti tulis DESTINASI kan.. Dari mana sampai ke mana. Tak ada pulak tulis KB sahaja.. Atau KL sahaja.. Tak ada jugak tulis destinasi kat tengah-tengah perjalanan. Itulah MATLAMAT!

Katakan kita PEMANDU BAS tersebut. Bas ni biasalah.. Kadang-kadang berhenti RnR... Kadang-kadang ade pemeriksaan JPJ... kadang-kadang tayar pancit kena tukar tayar.. kadang-kadang dari KB singgah kat Machang dulu ambil orang.

Bila kita pandu bas tersebut.. Kita singgah kat satu RnR untuk berehat dan makan.

Daripada 40 orang penumpang, tiba-tiba masa nak teruskan perjalanan 3 orang tak nak naik.. Mereka nak tinggal kat situ lebih lama. Ada 37 orang yang nak teruskan perjalanan semula.

Kita sebagai pemandu bas, apa yang kita akan buat?

Adakah kita nak paksa 3 orang penumpang yang tak nak naik tadi untuk naik jugak?

Atau adakah kita pun nak terus pujuk memujuk kat situ.. Tak sanggup nak bergerak sampai beberapa hari..

Atau biarkan yang bertiga tu. Nasihat pun dah bagi. Tapi kalau tak nak jugak nak buat macam mana. Teruskan je lah perjalanan sampai ke destinasi Kuala Lumpur.

Yang mana anda akan pilih kalau anda adalah pemandu bas tersebut?

Tentunya anda akan teruskan perjalanan tanpa mereka bertiga yang tak nak teruskan kan? Betul?

Bas ibarat bisnes kita. Kita adalah pemandunya.. Pengemudi yang membawa halatuju bisnes kita. Kita buat bisnes ni untuk mencapai impian kita. Bukan sebab sesiapa.. Bukan sebab upline atau downline. Kita pun tak boleh paksa sesiapa yang tak nak.

Macam kita naik bas, mesti biasa kan kalau ada perjalanan bersimpang siur... Mesti biasa kan kalau ada penumpang yang naik dan turun. Sama jugak macam bisnes ni. Ada pasang surut. Ada yang join, ada yang tak nak teruskan.

Jadi kita boleh pilih sama ada kita nak jadi PEMANDU BAS atau macam PENUMPANG BAS yang boleh turun sesuka hati..

-----------------
Sangat terkesan juga bila PM Laila cerita pengalaman masa di USA baru-baru ni. Ada satu Black Tie Dinner untuk Master yang efektif sepanjang cycle. Ada 12 orang sahaja wakil dari Malaysia dan daripada 12 orang, hanya 7 orang sahaja Melayu Islam.

Menurut PM Laila, macam dia kalau setakat baru 4 tahun Master, macam biasa sangat. Orang tak hairan.

Sebab CEO Shaklee Mr Roger Barnett ada tanya soalan kepada Master yang hadir.. Siapa yang dah bersama Shaklee selama 15 tahun? Ada yang berdiri.. Siapa yang dah bersama Shaklee selama 30 tahun... Dan ada juga yang dah bersama Shaklee selama 50 tahun. Mereka digelar Real Life Master.

Jadi yang menjadi ukuran sebenar bukan bila dah mencapai title Master Coordinator.. Tapi setakat mana, selama mana kita mampu bertahan mengharungi pasang surut dalam bisnes.

Semoga kita semua dipilih oleh Allah untuk menjadi orang-orang yang terus sabar dan tabah dalam mengharungi apa saja ujian dan dugaan. Semoga kaya dan berjaya kita tak menjauhkan kita daripada Allah.

Feel free to share!



Apa Kata Anda