On 12:16 AM by Hafsah Mardhiah in , , , ,
Assalamualaikum..

Kalau ingat, sebelum ni saya pernah tanya kawan-kawan di Facebook..
Kalau nampak nama saya, apa perkara pertama yang terlintas di fikiran.

Jawapan yang paling banyak daripada lebih 100 komen ialah "Shaklee" dan "Master".

Ramai orang sekarang mungkin kenal saya sebagai seorang Master Shaklee.. Nampak mudah je.. Nampak macam senang. Banyak update kisah kebahagiaan.. Bestnya sekarang hidup jadi WAHM dan suami WAHD. Kan?

Tapi sebenarnya jalan hidup saya pun bukan lurus. Untuk sampai ke tahap sekarang saya pun dah lalui berbagai dugaan.. cabaran dalam hidup.

Kisah Zaman Sekolah

Saya merupakan anak ke-3 daripada 7 adik beradik. Kami pun bukanlah orang senang. Abah saya lepasan diploma UTM, kemudian bekerja di Jabatan Ukur. Bukan pangkat tinggi.. dengan gaji yang cukup-cukup untuk menyara kami 7 beradik. Ummi saya tak bekerja, suri rumah.

Tapi alhamdulillah.. hidup kami tak terlalu susah. Rasanya sebab mak ayah saya bijak menguruskan kewangan keluarga. Dan kami pun diajar untuk hidup sederhana. Tak ada bermewah-mewah. Kalau kata ada sebijik buah epal, maka kena la potong 7 untuk 7 orang adik beradik.. Boleh kata macam tu la selalu.. Potong ikut bilangan yang ada kat rumah :) Apa-apa pun mesti bahagi sama rata, dan mesti tak tinggal bahagian untuk umi abah. Gitulah kami dibesarkan dulu :)


Saya ni boleh kata anak yang paling lama duduk kat rumah. Sebab kaklong, abang, adik-adik kebanyakan masuk sekolah asrama.. Sekolah Sains, MRSM atau daily school yang berasrama.

Saya bersekolah menengah di Maahad Muhammadi Perempuan. Boleh kata macam ustazah jugak la saya ni.. Hehe. Bertudung litup, labuh.. Bangga sangat berkain ungu.. Sekolah terbaik YIK (di samping Maahad Muhammadi Lelaki). Sekolah yang berjaya melahirkan ramai pelajar terbaik SPM di Malaysia jugak.. 



Tingkatan 4 Sains 1 (Cuba teka mana saya?)

Sekolah agama arab tak sama dengan sekolah agama biasa. Sekolah arab subject nya sangat banyak. Ada tahun tu sampai 23 subject. Believe it or not.. Yes.. memang betul. Dan setiap tahun pulak ada exam besar.

Biasa untuk sekolah arab ada peralihan setahun.. Tapi oleh sebab 'kaki-saya-panjang', saya lulus ujian lompat kelas.. Masuk ke kelas ekspres tak perlu masuk kelas peralihan. Kira budak bijak la jugak (konon).. Hihi.

Tingkatan 2 ada PMRU (Penilaian Menengah Rendah Ugama)
Tingkatan 3 ada PMR
Tingkatan 4 ada SMU (Sijil Menengah Ugama)
Tingkatan 5 ada SPM

Saya ni tak minat sangat yang subject agama tu.. Belajar saya ok, cuma menghafal saya kurang rajin. Pernah kena naik atas kerusi kut sebab saya malas menghafal yang ustaz suruh.. Ketegaq jugak saya ni.. haha. Walaupun selalu bawak ke sana sini nota hafalan saya, tapi still saya tak serajin kawan-kawan lain. Jadinya bila exam besar PMRU dan SMU keputusan exam saya ok-ok je.. :D

Saya kononnya nak fokus exam bukan agama tu.. PMR dan SPM..

PMR alhamdulillah dapatlah saya 9A. Full straight A. Rasa macam.... eh apsal senang sangat dapat 9A ni? Haaa.. berlagak tak saya? hiihi.. Sebab sekolah kami 1 batch dekat 500 orang. Jadi kalau yang dapat 9A memang ramai la.. Tahun saya tu kalau tak silap around 70 orang.

Cara sekolah kami group-kan pelajar Tingkatan 4 mengikut bilangan A. Biasalah kan sekolah-sekolah kat Malaysia.. Banyak yang exam oriented. Tak menilai minat pelajar, tapi kemampuan untuk dapat banyak A dalam exam.

Pelajar yang dapat 7A ke atas sahaja dapat masuk aliran sains. See.. Dah rasa kat situ perasaan bangga bila dapat masuk aliran Sains. Kelas Sains ada 5 kelas.. Saya dapat masuk 5 Sains 1. Kira kelas paling pandai la Tingkatan 5. Haa.. Berlagak lagi...

Yang 5-6A dapat masuk kelas Akaun.. Bawah 5A masuk kelas Sastera/ Perdagangan.. Yang bagi saya masa otak-kurang-matang tu, saya fikir tak kerlas la.. hehe.. Nak buat macam mana, dah sistem sekolah exam oriented memang ajar kita berfikiran begitu. Yang dapat A banyak pandai. Yang dapat A sikit kurang pandai.

Padahal setiap orang ada kelebihan dan kekuatan masing-masing. Bukan ilmu Sains je bagus.. Bukan doktor, engineer je hebat, yang boleh kaya dan berjaya... Sepatutnya kepandaian tu bukan dinilai dengan banyaknya A.. sebab ada orang lebih kepada kemahiran teknikal.. atau yang tak perlukan matematik..

Kalau ikutkan sebenarnya saya tak ada kekuatan dalam Sains pun. Saya memang agak lemah dalam subject Fizik, Kimia, Biologi dan juga AddMaths. Tapi sebab nak pertahankan 'mindset' budak pandai masuk aliran Sains, saya push jugak diri..

Jadinya SPM dapat lah result yang boleh kata bagus jugak.. Saya dapat 9A, 2B3. Tapi subject Sains tu saya dapat A2 (AddMaths, Kimia, Fizik) serta B3 untuk subject Biologi dan English.

Then sekali lagi saya nak pertahankan mindset tak matang saya tu. Budak pandai masuk aliran sains.. Amek jurusan Sains.. Kedoktoran atau kejuruteraan la yang paling hebat saya rasa. Sebab tak berminat nak jadi doktor, maka apa lagi.. Saya pilih kejuruteraan la yang saya rasa COOL.. Walaupun sebenarnya saya tak faham pun jurutera tu macam mana kerjanya. Hehe

Saya dapat offer masuk matriks (lupa dah mana).. Then offer UIA jurusan kejuruteraan jugak..

Tapi saya pilih UTP (Universiti Teknologi PETRONAS), jurusan yang ditawarkan Kejuruteraan Kimia. Jurusan yang saya pilih masa application dan interview. Sebab apa pilih UTP? Sebab dapat scholarship Petronas (To be exact: Pinjaman Boleh Ubah).. RM500 sebulan duit makan.. Kira mewah la kan.. Tak perlu susahkan umi abah bagi saya duit belanja dah.


Kenangan masa interview yang saya masih ingat sampai sekarang..

Bila interviewer tanya saya "Why do you choose Chemical Engineering"

Saya jawab, dengan English cabuk tu.. "Because I love Chemistry"

Then Interviewer tanya saya lagi.. "Do you want to be a chemist or a chemical Engineer?"

Dan.. saya tak dapat jawab..... saya hanya terpinga-pinga...



Rupanya itulah detik penting permulaan perjalanan gelap saya selepas itu di Universiti... Jeng jeng jeng....




Nanti saya sambung lagi di Bahagian 2 yer :D


----------------------------------------

Setiap apa yang Allah susun, saya yakin tak pernah ada kebetulan. Perjalanan kita dulu.. Susah atau senang.. Ujian dan segala cabaran yang ditanggung adalah cara Allah untuk mempersiapkan diri kita untuk memikul tanggungjawab di masa hadapan.

Allah maha hebat. Saya bersyukur dengan segala yang Allah berikan kepada saya.. Di masa lepas, sekarang dan akan datang. Tak pernah ada kekesalan.






Feel free to share!



Apa Kata Anda