On 1:13 AM by Hafsah Mardhiah in , , , ,
Sambungan daripada Bahagian 1:

Kenangan masa interview yang saya masih ingat sampai sekarang..

Bila interviewer tanya saya "Why do you choose Chemical Engineering"


Saya jawab, dengan English cabuk tu.. "Because I love Chemistry"


Then Interviewer tanya saya lagi.. "Do you want to be a chemist or a chemical Engineer?"


Dan.. saya tak dapat jawab..... saya hanya terpinga-pinga... Rupanya itulah detik penting permulaan perjalanan gelap saya selepas itu di Universiti... Jeng jeng jeng....
----------------------------------------------------


Kehidupan di UTP

Saya menjejakkan kaki ke UTP pada Mei 2003.. Kiranya saya dalam batch Mei 03. Batch Jan 03 pun ada, tapi tu budak-budak daripada boarding school, MRSM dan sekolah Sains yang menggunakan result percubaan.. Lebih wow la derang :D  Kami yang daily school ni kebanyakkannya masuk batch Mei..



Syukur sepanjang kat UTP saya dapat biasiswa Petronas, duit makan bersih RM500 sebulan. Kalau setakat kat Tronoh tu memang cukup la untuk buat makan. Dah kira mewah rasanya berbanding biasiswa lain atau PTPTN. 5 tahun belajar tak pernah mintak umi abah bagi duit belanja.. Cukup apa yang ada.. kalau sesak pun tahan lagi ikat perut tunggu duit masuk :D

Tahun pertama Foundation.. Mengukuhkan asas English dan Matematik. Alhamdulillah masih ok tahun pertama. Masih mampu bernafas.

Masuk first year selepas Foundation dah terasa bibit-bibit sesak nafas. Dah terasa susahnya subjek yang berasaskan fizik dan chemical engineering tu.. Subjek Matematik pun dah high level.. tercekik! Berterusan sesak nafas ke semester-semester seterusnya.

Kalau tak silap saya bermula 2nd year 2nd Semester saya merudum jatuh. Masa tu saya dah mula sibuk pegang jawatan dalam persatuan.. Jadi committee dalam event-event besar universiti. Ada jugak pernah pegang jawatan agak tinggi (high committee) dalam event..

Tamparan paling hebat bila result exam semester tersebut dapat pointer bawah 2.0.. Seingat saya 1.9. (Mana budak yang konon bijak sangat dulu?) Terus dapat surat warning UNDER PROBATION. Ya Allah... Perasaan tak tergambar. Self-esteem jatuh gedebuk terhempas ke lantai.

Malu sangat.. tak sanggup nak berhadapan dengan kawan-kawan sekelas dan kawan serumah. Kat luar nampak macam ok, dalaman Allah je yang tahu macam mana. Orang lain elok je dapat 3 pointer above, saya 2.0 pointer pun tak boleh dapat. Kebanyakan subjek dapat D.

Risau lagi kalau umi abah saya tahu.. Penjamin saya tahu... Padahal lepas tu Universiti dah siap hantar surat kat umi abah saya.. Sekali dengan penjamin iaitu Makcik saya. Apa kata umi abah saya.. padahal saya la kononnya dapat result SPM elok.. belajar kat universiti paling elok antara adik beradik, siap ada biasiswa Petronas (kononnya la kan). Lagi-lagi Makcik saya pulak. Kang tak pasal-pasal kena bayar hutang belajar saya.

Jawatan-jawatan saya dalam persatuan banyak dikurangkan (dengan arahan). Seingat saya, sepatutnya saya akan dilantik untuk menjadi vice director satu event besar universiti, tapi tu pun dilucutkan dan diberikan kepada orang lain.. (Ni sangat terkesan di hati, sebab saya suka sangat leading position.. uhuk)

Masa di univesiti saya banyak pegang usrah.. Hehe.. Alim la sangat saya ni :P Tanggungjawab jaga usrah pun dikurangkan.. Hingga kalau tak silap saya tinggal 1 je untuk saya jaga. Bayangkan betapa malunya saya nak lead usrah sebagai Naqibah setiap minggu.. Berhadapan dengan adik-adik yang hebat, padahal saya pelajar under-prob. Buat-buat macam yakin, tanpa menunjukkan sedikit pun saya pelajar bermasalah.

Under Probation kali pertama dan kedua dikira amaran. Kali ketiga boleh dibuang universiti. Kesannya besar sangat. Sungguh menakutkan! Penat-penat belajar 2-3 tahun, boleh balik saja-saja tak dapat apa-apa.. Tanpa bawak segulung ijazah.. Dah la bukan ada diploma pun. Kembali dengan sijil SPM.

Untuk pelajar under probation, subjek yang boleh diambil terpaksa dikurangkan. Kalau kawan-kawan saya dapat ambil sampai 21 credit hour, saya hanya boleh ambil 15 credit hour. Kesannya, semester depan kawan saya dah ambil subjek lain, saya kena ambil subjek sama tu dengan junior. Ohh serius malu!



Semester tu saya memang fokus belajar. Saya dah kurangkan banyak aktiviti luar. Pendek kata hanya gi kelas then balik bilik study. Tapi kekuatan saya memang tak ada kat situ. Saya baca banyak-banyak pun masih tak faham-faham. Gi kelas terkebil-kebil boleh kata sepatah haram pun saya tak faham. Buat latihan dah macam menghafal, tapi konsep tak faham pun.

Hasilnya bulan tu walau pun dah pulun belajar, result saya tetap tak memberangsangkan. Saya dapat 1.98. UNDER PROBATION kali kedua. Sikitttt je sangat lagi.. Kenapa la Allah tak nak bagi saya lepas. Tu saya fikir masa tu. Nampak sangat kan apa yang kita dapat bukan sebab usaha kita semata-mata, tapi sebab izin Allah. 0.02 pun kalau Allah tak nak bagi memang tak dapat.

Semester berikutnya lagi sikit subjek yang saya boleh ambil. Dikurangkan kepada 12 credit hour, pada masa kawan-kawan lain sedang pulun ambil lebih banyak supaya nanti balik praktikal final year tak perlu ambil banyak-banyak dah..

Masa ni saya dah siap-siap survey universiti lain.. In case kata semester tu pun tak naik dan saya terpaksa belayar... *takutnya perasaan tu*

Malunya bertambah-bertambah.. ya Allah. Berjalan tak mampu nak angkat muka.. Malu nak jumpa sape-sape pun sebab bawak title Under-prob student 2x kali dah. Boleh bayang ke macam mana self-esteem saya masa tu... KOSONG! Macam ambil gelas kaca hempas ke lantai!

Dah mula kena masuk kelas dengan junior. UTP untuk pelajar yang sangkut, yang kena masuk kelas dengan junior bukan perkara yang biasa.

Setiap kali solat, doa...mesti doa sangat-sangat... Ya Allah... apa lagi kau nak aku buat??? Bunyi macam memaksa Tuhan kan... Tu lah saya masa tu... sampai rasa dah tak tahu apa lagi nak buat... rasa tak ada daya dah.

Oh ya.. Sejak mula dapat title 'under prob student', saya wajibkan diri qiam setiap hari. Saya nak mintak jawapan daripada Allah kenapa Allah letak saya kat situasi macam tu. 0.02 pun Allah tak bagi saya lepas. Boleh kata dalam setahun tu saya tak tinggal qiam setiap hari.

Mohon mohon mohon setiap hari mintak Allah tunjukkan jawapannya. Mintak kekuatan untuk redha dengan ketentuan Allah.


Dan sedikit demi sedikit saya dapat jawapannya... Saya dapat redha dan BERSYUKUR sebab Allah bagi saya rasa kejatuhan tu. Saya rasa pengalaman yang orang lain tak pernah rasa. Allah bagi saya kekuatan yang tak ada pada orang lain.

Bila saya dah mula redha.... Alhamdulillah result exam lepas tu saya dah dapat lepasi 2 pointer. Walaupun tak la tinggi mana, kalau tak silap saya 2.3, tapi saya dah sangat-sangat bersyukur.

Dah hilang kebimbangan saya takut dibuang universiti. Lega sungguh ya Allah!

Tapi semuanya belum berakhir kat situ.....


Nak tahu lagi kisah perjuangan saya selanjutnya? Tunggu Bahagian 3 pulak yer :D

---------------------------------

Alhamdulillah, kesyukuran yang besar kepada Allah yang bagi peluang kepada saya untuk merasai pengalaman yang jarang-jarang orang lain rasa.

Bagaimana perasaan JATUH dalam jurang yang dalam, kemudian anda FIGHT untuk bangkit kembali dengan bantuan Allah!

Nampak tak betapa pentingnya meletakkan sesuatu pada tempatnya. Meletakkan minat, kekuatan dan passion kita pada tempat yang betul.

Jika anda tertinggal untuk membaca Bahagian 1, boleh klik SINI


P/s: Dah lebih 10 tahun tempoh yang saya perlu imbas.. Banyak detail yang saya dah terlupa... Maafkan saya...



Feel free to share!



Apa Kata Anda