Assalamualaikum..

Selalu orang sebut kulit kusam tak bermaya.. Macam mana yer kulit kusam tu?

Saya sendiri pun ada mindset yang orang kulit cerah selalunya tak ada masalah. Yang kulit gelap je yang selalu bermasalah.. kusam, comot, tak bermaya.. Tambah pulak ada jerawat dan jeragat.. Haa kejam tak.. Mesti mindset ramai orang jugak kan.

Sebenarnya wajah kusam boleh berlaku pada semua orang tak kira yang kulit cerah atau kulit gelap.

Cuba tengok 2 gambar kat bawah.. seorang yang berkulit putih, Dato' Siti Nurhaliza tanpa make up.. Tetap cantik berseri.

Seorang lagi model berkulit gelap yang tetap berseri walaupun kulitnya gelap..

Dato' Siti Nurhaliza tetap cantik tanpa make up


Seorang model kulit hitam tetap tampak berseri

Yang penting kesihatan kulit daripada dalaman. Kalau kulit sihat, glowing, kulit cerah atau gelap pun boleh nampak cantik.. berseri-seri.. glowing. Pandang pun tak jemu. Yang kulit cerah pun kalau tak jaga dalaman masih boleh nampak kusam.

Kulit cerah pun masih boleh nampak kusam

Percaya sekarang yang semua orang pun boleh hadapi masalah kulit kusam tak kira berkulit cerah atau gelap??

Nak tahu apa punca kulit kusam? Ada beberapa sebab yang menyebabkan kulit kita kusam.

1) STRESS

Stress adalah salah satu gangguan psikologi yang boleh menyerang sesiapa sahaja. Saya yakin zaman sekarang lebih ramai orang yang mengalami stress ni. Stress di tempat kerja.. Stress dengan kos sara hidup yang meningkat dll. Stress mempengaruhi fizikal dan juga mental. Stress menyebabkan kelenjar pengawal emosi dalam tubuh meningkat yang menyebabkan wajah mudah berjerawat, psoriasis, eczema, gatal-gatal dan bintik-bintik merah.


2) DIET YANG TIDAK SIHAT DAN KURANG TERATUR

Pengambilan nutrisi yang tidak sihat seimbang menyebabkan tubuh kekurangan nutrisi yang penting termasuklah wajah. Maka wajah tampak lebih kusam.


3) KESAN SINAT ULTRAVIOLET
Kesan terdedah kepada cahaya matahari yang mengandungi sinar UV berbahaya mempercepatkan perubahan pigmentasi dan penuaan kulit.. Kulit cepat berkedut.. Pada wajah kulit timbul bintik-bintik coklat kalau selalu terdedah kepada matahari. Sebab tu kena pakai pelindung uv untuk menghalang kesan bahaya radika bebas akibat sinar UV.


4) KURANG REHAT DAN POLA TIDUR TIDAK TERATUR

Kurang waktu rehat dan tidur yang tidak teratur mempengaruhi wajah kelihatan kusam dan tak bersemangat. Kulit wajah sendiri memerlukan waktu rehat yang cukup seperti anggota badan yang lain untuk proses pembentukan semula sel-sel kulit yang baru menggantikan yang lama.


5) PERTUMBUHAN SEL-SEL LAMBAT DAN SEL BARU KURANG BERKEMBANG

Ni pun salah satu punca yang menyebabkan kulit nampak kusam.. Sebab sel-sel kulit mati tak diganti dengan sel-sel baru. Pengambilan protein yang mencukupi membantu pertumbuhan sel baru yang sihat.


6) KESAN PARUT LAMA

Kesan parut lama pun boleh menyebabkan muka nampak kusam dan tak bermaya. Kalau mungkin sebelum ni kita ada banyak jerawat yang meninggalkan kesan paut di wajah.


7) PENGGUNAAN PRODUK PENJAGAAN KULIT YANG TINGGI BAHAN KIMIA

Di pasaran sekarang banyak produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan kimia berbahaya. Ia boleh menyebabkan sel-sel kulit rosak.

--------------------

Apa yang boleh dibuat untuk menyelesaikan masalah kulit kusam? Rawat lah dari dalam..

Beberapa suplimen yang bagus untuk anda ambil untuk kulit kelihatan berseri-seri.. Glowing.. Nampak fresh dan bertgenaga ialah:

ESP - Membina  sel baru dan membaik pulih sel-sel yang rosak dan mati

Vitamin C - Membantu penghasilan kolagen

Vitamin E - Menghilangkan parut, anti penuaan dan wajah nampak glowing

B Complex - Penting untuk melanin yang memberikan warna pada kulit supaya lebih sekata

Collagen - Awet muda dan kulit lebih lembap dan lebih cerah sekata


Jadi yang mana pilihan anda? Nak biarkan kulit kusam sampai suami pun malu nak bawak keluar.. Atau nak kulit cantik berseri-seri yang lebih menyerlahkan keyakinan diri??

Kanan atau kiri pilihan anda?


Pastinya dengan Shaklee.. Diyakini SELAMAT, BERKESAN & SEMULAJADI!


----------------------
Elok sangat ada promosi set kecantikan bulan ni.. Kalau nak tahu lebih lanjut PM FB saya Hafsah Mardhiah atau whatsapp 0199805803








Feel free to share!



Apa Kata Anda