On 9:19 AM by Hafsah Mardhiah in , , , , , , , ,
Assalamualaikum... 


Ting... Hari ni dapat idea nak update blog bila nampak seorang kawan update gambar percutian luar negara yang dia pernah lawati.

Yess.. Baru saya teringat.. Bercuti di luar negara pun adalah impian saya sejak kecil. Kami bukan orang berada. Dulu masa kecik-kecik, bila nampak orang naik kapal terbang pun saya dah rasa sangat teruja. Excited sangat kalau nak pergi jemput sesiapa kat airport. First time naik kapal terbang pun masa praktikal di KLCC, boss bawak.. masa tu dah umur 21 tahun baru dapat merasa :D Tapi dalam negara je lah.. hihi

Kalau tahu ada kawan-kawan yang pernah pergi luar negara, saya rasa cemburu. Bestnya jadi macam dia.. Dapat pergi luar negara. Walaupun dah zaman sekolah menengah, masuk universiti, bila dengar ada kawan-kawan yang dapat belajar di luar negara pun saya ada rasa cemburu... Tapi cemburu, bukan dengki ok... hehe.

Yelah.. mesti rasa jeles tengok orang lain dapat pergi negara orang.. saya belum dapat pergi lagi masa tu :) Saya memang selalu doa suatu hari nanti saya akan dapat jugak melancong ke luar negara :)

Walaupun tak dapat belajar atau melancong luar negara masa kecik atau remaja, Allah hantarkan saya seorang suami yang pernah belajar kat oversea.. University of Sheffield, United Kingdom.. Ahakss.. Ada kaitan tak?? hihi.

Alhamdulillah... berkat sabar ber-Shaklee, Allah permudahkan jalan saya untuk mencapai impian melancong ke luar negara...

JUN 2013 

Orang kata, sebaiknya sebelum melancong ke mana-mana, elok lah pergi ke Rumah Allah dulu.. Pergi buat umrah.

Alhamdulillah, Allah sudi terima kami menjadi tetamu Nya. Pada bulan Jun 2013 kami sekeluarga sampai ke Mekah dan Madinah.. Saya, suami dan Reem yang masa tu berumur 2 tahun lebih.. Masa tu saya baru di rank Key Coordinator.


Bersiap sedia ke Madinah.



Di Masjid An Nabawi, Madinah
Tak ada gambar di Mekah, sebab memang niat nak fokus ibadah.

Dalam pakej yang sama, kami sebenarnya buat umrah ziarah. Umrah + ziarah ke Istanbul Turki. Melawat tempat-tempat sejarah Islam masa zaman Khilafah Turki Othmaniyyah dulu. Memang cantik sangat Turki.. Rasa tak puas sebab pergi hanya 4 hari.. InsyaAllah target tahun depan April 2015 nak pergi lagi untuk lawat musim bunga.. Nak tengok bunga tulip beribu warna. Tu impian saya yang terdekat :D

Masjid di Istanbul



Kami Blue Mosque 

Di Aya Sophia

DISEMBER 2013


Bulan Disember tahun yang sama, kami berpeluang lagi melancong ke Sydney Australia selama seminggu :)

Menyelusuri sungai di waktu malam, melihat keindahan Sydney Harbour Bridge


Di salah sebuah taman di sana

3 Sisters di Blue Mountain

April 2014

April baru-baru ni kami berpeluang melancong ke Beijing membawa umi abah saya bersama.. Alhamdulillah.. Pergi dengan Agensi POTO.. :)

Di Forbidden City
Tokbah bersama Reem Di Summer Palace

Kami di Summer Palace


Summer Palace juga :)


Melawat panda.. Eh tapi mana pandanya? hehe

Rombongan kami.. semua  baik-baik belaka :)

Ogos 2014 

Ogos baru-baru ni kami diberi peluang untuk ke Shaklee Global Conference di Long Beach, Lost Angeles.. Kami layak untuk mendapat 4 tiket. Apakan daya, masa tu saya baru bersalin. Tapi syukur, dapat hantar umi abah ke sana merasai trip PERCUMA layanan 6 bintang oleh Shaklee atas pencapaian kami. Terharu sangat walaupun saya sendiri belum pernah sampai ke sana.

Umi (paling kanan) di Shaklee Global Conference USA

Gambar kami suami isteri turut sampai di USA walaupun kami tak dapat hadir

Di San Francisco




Alhamdulillah.. segala pujian bagi Allah... Jangan takut bermimpi, kerana daripada mimpilah akan menjadi kenyataan. Saya tahu ramai yang ada impian sama macam saya.. Nak melancong ke luar negara.. Melihat kebesaran Allah.. Tadabbur alam.. Teruskan bermimpi.. Berusaha mencapai impian kita!


SET YOU GOAL

WRITE YOUR GOAL

TALK ABOUT IT ALL THE TIME!


SET YOUR GOAL, ALLAH WILL MAKE THE ARRANGEMENT?

----------------------------
Kalau anda berminat nak mencapai impian anda bersama kami.. jangan lupa hubungi saya, 0199805803 :) Saya akan bantu anda mencapai impian anda!



Feel free to share!



Apa Kata Anda