Assalamualaikum...

Kesyukuran yang paling besar setiap hari sebab diri sihat.. anak-anak dan suami pun sihat. Alhamdulillah. Kalau jadi jutawan sekalipun tak dapat nak beli kesihatan kat kedai.

Saya ni bukanlah jenis orang yang cepat alert sangat dengan perubahan badan.. Tak macam sesetengah orang cepat sangat perasan apa-apa perubahan pada diri. Contoh kalau ambil durian ni tiba-tiba demam.. makan kacang naik jerawat.. Makan Vitamin C tiba-tiba sakit perut... Saya bukan jenis macam tu.. Badan saya pun bukan jenis yang sensitif.

Cuma bila saya imbas balik, rupanya dah lama sangat saya tak ambil sebarang ubat atau panadol.. Sejak saya ber-Shaklee saya dah haramkan ubat-ubatan atau panadol masuk dalam badan saya.. Kecuali masa bersalin tu lain cerita la kan..

Gambar contoh pelbagai jenis ubatan dan panadol


Kalau setakat sakit sikit-sikit.. demam sikit-sikit biasanya memang self cure dengan vitamin je. Tu pun alhamdulillah sakit memang jarang sangat singgah.

Saya ingat sebelum ni saya memang selalu tak sihat.. Demam dan selsema.. selalu sakit kepala/ pening kepala... Selalu jugak period pain sampai guling-guling setiap bulan. Bersin pagi memang wajib..

Kalau dulu apa lagi.. Memang panadol dan ubat la teman saya.. Kalau untuk period pain, panadol menstrual yang warna pink tu lah kawan baik saya. Setiap bulan mesti ambik.. berhari-hari...

Panadol Menstrual

Alhamdulillah sejak ber-Shaklee sakit memang jarang sangat singgah.. Demam dan selsema hampir tak ada.. Memang terlalu jarang dalam tempoh 3 tahun ni. Period pain pun alhamdulillah dah tak ada.. Dah memang tak ambik langsung pil pink tu. Selesema pagi pun dah tak ada..

Apa-apa yang diambil secara berlebihan mesti mendatangkan mudarat kan.. Lagi-lagi ubat aka dadah yang mesti ada kesan buruk pada bada kalau diambil selalu kan? Terutamanya pada hati dan buah pinggang.

--------------
Dadah dan Anda!

Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.
Ubat-ubatan seperti "paracetamol " dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat.. >>> Juga sejenis dadah

sumber
---------------------------

Apa yang saya ambil? Segalanya penyembuhan pun dengan izin Allah kan... Vitamin adalah asbabnya :)

Tentunya Sustained Release Vitamin C.. Menyamai 7 1/2 biji oren. Bagus untuk meningkatkan antibodi kita. Biasanya kalau saya terasa tanda-tanda macam nak demam atau selsema, saya terus amek extra.. Terus tak jadi nak demam... Kalau baby saya ada tanda-tanda macam tu pun sama.. Saya akan makan Vitamin C tu dah salurkan kepada baby melalui susu ibu. Alhamdulillah.. baby pun jarang sangat sakit.. Sejak Reem baby hinggalah Asma' sekarang :)


Vitamin yang wajb ada bersama saya ke mana saja.


Satu lagi kawan baik Vitamin C yang sangat membantu meningkatkan antibodi ialah Nutriferon. InsyaAllah tak lama lagi kembali di pasaran. 

Teman baik Vitamin C.. teman baik saya juga..




Nikmat yang sangat besar ialah nikmat kesihatan. Kalau kaya raya pun, kalau tak sihat, terlantar sakit tak guna jugak.. Duit habis untuk bayar bil perubatan je.
Kadang-kadang kita kedekut sangat nak keluarkan duit untuk kesihatan sebab kita rasa mahal.. Padahal kalau sakit kosnya lebih tinggi.. Betul ke betul?

------------------------------

Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin pada harga istimewa boleh hubungi saya 0199805803 atau PM FB saya Hafsah Mardhiah.



Feel free to share!



Apa Kata Anda