Assalamualaikum..

Bahagian 3.. Terima kasih kepada kawan-kawan yang tak jemu menyokong saya.. Yang berminat untuk mengetahui lebih mendalam tentang perjalanan saya sampai ke Master.

Saya yakin segala yang berlaku tak ada kebetulan. Allah dah atur perjalanan kita sejak bayi.. menjadi kanak-kanak tadika.. sekolah rendah.. sekolah menengah.. universiti... alam pekerjaan dan lain-lain semuanya ada sebab tersendiri... Persediaan untuk siapa yang kita akan jadi di masa depan.

Kalau di Bahagian 2 saya bercerita tentang saat kejatuhan saya di universiti.. Bagaimana saya 2 kali UNDER PROBATION.. Bagaimana teruknya menjadi seorang yang bergelar 'Under Prob Student'. Ibarat mengambil gelas kaca hempas ke lantai.. Gitulah self-esteem saya masa tu.

Bagaimana saya berjuang untuk kembali bangkit.

-----------------------------

Perjuangan Diteruskan



Macam yang saya ceritakan sebelum ni. Apabila Under Probation,  subjek yang boleh diambil perlu dikurangkan. Mula Under Probation kali pertama saya hanya boleh ambil 15 jam kredit. Kali kedua dikurangkan lagi kepada hanya 12 jam kredit.

Kesannya saya terpaksa masuk kelas dengan junior-junior.. Macam yang saya pernah cerita sebelum ni. Perasaan yang sangat memalukan. Self-esteem semakin jatuh. Bila masuk kelas, masuk lambat.. duduk belakang-belakang... paling lambat supaya tak terserempak dengan mereka junior saya. Balik kelas laju-laju...

Sebenarnya bukan setakat itu.

Ada kesan lain yang lebih besar. Iaitu saya terpaksa tangguhkan latihan praktikal ke semester seterusnya. Ini bagi saya lebih-lebih lagi memalukan. Saya akan tinggal belajar, sedangkan kawan-kawan saya akan berpraktikal...

Semangat dah mula membara. Tak kan nak biarkan diri semakin terhimpit dengan kegagalan.. Rasa malu semakin menebal.

Kali ni saya nekad, tak kira macam mana pun, saya akan FIGHT supaya saya tak perlu extend sem sebelum praktikal.. Supaya saya dapat pergi praktikal bersama kawan-kawan saya.. Supaya saya tak perlu tinggal masuk kelas dengan junior.

Saya redah seorang diri. Saya nekad pergi jumpa pegawai atasan. Tanpa bantuan sesiapa.. tanpa harapkan kawan-kawan temankan saya... Saya redah mencari penyelesaian.

Saya ingat lagi.. Saya bawak skuter saya.. Turun naik pejabat... Jumpa beberapa orang pegawai.. Sampai ke jumpa orang yang paling tinggi bahagian tersebut.

Berdebar hati Allah je yang tahu... Rasa nak menangis... Takut kena marah.. Risau kena 'reject'.. Semua bercampur baur.

Tapi kuatkan hati.. Tak kira macam mana sekalipun saya dah bulatkan tekad. Saya tetap akan pergi praktikal bersama kawan-kawan satu batch saya. Saya mesti capai apa yang saya dah set kan.

Saya kemukakan rayuan kepada Pegawai tersebut..

Kemudian dia bertanya.. kenapa? Apa alasan saya sedangkan saya sepatutnya menghabiskan beberapa jam kredit lagi untuk tambahan satu semester... Supaya tak berat masa tahun akhir nanti.

Saya kata... saya nak pergi praktikal sama-sama dengan kawan-kawan saya... Tu dapat memotivasikan diri saya... Dapat environment yang baru... Dapat keluar sekejap daripada tekanan belajar.. Kalau perlu extend, saya mesti akan down semula... sekelas dengan adik-adik plak tu..

Tu lah antara point-point yang saya masih ingat... Agak menakutkan untuk seorang pelajar universiti nak berjumpa membuat rayuan kepada seorang pegawai tinggi.. Lagi-lagi self-esteem saya dah kena campak terhempas ke lantai... Kalau best student datang jumpa, lain lah cerita.. :D

Alhamdulillah...

Dapat berita selepas itu rayuan saya diterima..



Saya dapat tempat praktikal di KLCC, bahagian Fuel dan Lubricant Tecnical Service, Petronas Dagangan Berhad. Masa ni sangat melegakan saya.

Sekurang-kurangnya saya ada 8 bulan masa untuk melepaskan diri daripada tekanan belajar apa yang saya tak suka dan tak mampu nak bawak.

Masa praktikal ni sangat membuka mata saya.. Memahami kehidupan sebenar alam pekerjaan.. Terima kasih kepada Boss saya dulu.. Kak Reen yang banyak membantu kami (saya dan kawan saya Lainy).. Bawa kami merata-rata tempat seluruh Malaysia, Sabah dan Sawarak untuk join seminar yang department anjurkan.. Masa tu lah kali pertama saya naik kapal terbang... :)


Sesuai sangat tempat ni dengan saya sebab ia tak terlalu "chemical-engineering-based".. Masa ni kami banyak belajar tentang Lubricant... Fuel... ada attachment ke Petronas Penapisan Melaka jugak untuk belajar. Pendek kata banyak sesi belajar la, bukan hands on.. Kalau setakat belajar, baca, turun padang ikut engineer.. saya ok sangat....  Hikhikhik

Alhamdulillah masa praktikal la peluang untuk tebus balik kejatuhan semester sebelumnya.. Sebab rating banyak akan diberi oleh supervisor di tempat praktikal. Kalau kita pandai baik-baik dengan Supervisor, mesti ok punya :D

Hehe... Maka setelah dikipas-kipas.. Ceh.. bukan sebarang kipas ni.. Kerja yang disuruh semua saya buat. Maka saya dapat la 4 flat GPA masa semester praktikal (3rd year 2nd sem).. Memang peluang besar untuk naikkan balik pointer CGPA... (Tapi kalau dah setakat 2. pointer banyak mana sangat nak naik kan.. )

Praktikal memang indah... Tapi tahun akhir belum tentu! Nantikan sambungannya di Bahagian 4.

-------------------------------------------------

“If you don't go after what you want, you'll never have it.

 If you don't ask, the answer is always no. 

If you don't step forward, you're always in the same place.”


― Nora Roberts



Feel free to share!



Apa Kata Anda